Berbuka Puasa Tibai Cheese Di Restoran Cheese Banjir

2:30 AM Yanty Lee 26 Comments


Salam uolls,


Pernah kot kan uolls tertengok dekat Timeline FB / IG takpun di kaca TV tentang kisah viral "Cheese Banjir". Sedar tak sedar, dah ada 2 cawangan ; Desan Pandan & Hulu Klang. Gempaq seyh!

Apa yang Ty nak ceritakan kali ni bukanlah mengenai cawangan tersebut tetapi bertapa "rare" nya untuk Ramadhan kali ini, Restoran Cheese Banjir bikin sedikit kelainan - Buffet Ramadhan Cheese! Tu dia, selalunya pi tang mana-mana berbuka puasa semestinya kita sudah sinonim dengan menu kambing bakar etc tapi di sini memang semuanya majoroti berasaskan CHEESE.

Sekali sekala berbuka puasa pi tibai cheese, bukan selalu ye dak nak perkena pun.

BELI 10 PAX , FREE 1 PAX !

Berita gembira untuk "Early Birds" yang membuat tempahan sebelum 17hb Mei ini, harga bagi dewasa RM49 manakala bagi kanak-kanak pula berharga RM29. Tunggu apa lagi, pakat lekaih la uolls.

Walaupun menu yang disajikan lebih kepada berasaskan 'cheese', jangan risau menu lain juga ada.

Menu Berbuka Puasa Di Cheese Banjir


Cheese Fountain
Kot ya pun , hantu cheese nanti jangan pi tala nganga hirup pula na


Meatza - *WAJIB makan*

Spagethi Bolognese Cheese

Chicken Grill

Lamb Grill

Dory Fillet

Seafood Spagethi Carbonara Cheese
* Sedap oi , tergigit cili lagi sedap*

Sosej / Fries / Nuget

Aneka Sotong Goreng Tepung

Udang Goreng Butter

Ayam Goreng Berempah

Mushroom Soup / Cheese Garlic Bread / Kurma

Kuih - muih / Buah - buahan

Mee Goreng Daging

Nasi Goreng Cina / Nasi Putih

Kari Ayam / Asam Pedas Tetel
*MUST TRY ! Sedap oi*


Ulam-ulaman / 3 jenis sambal / Salad / Mayonis Pudina / Thousand Island / Mayo 
Pergh, merencik dak? Jadi pakat tunggu apa lagi. Pakat plan ramai-ramai, serbu Restoran Cheese Banjir nanti. Ty leh gerenti kat uolls semua mesti puas hati la. Kenyang mau tersandar punya. Menu masakan Mamu and the geng tak pernah mengecewakan.

Untuk tempahan boleh hubungi :
☎️ Brader Din - 0134153145
☎️ Brader Amir - 0182036070

Boleh muat sehingga 150 orang

Maklumat lebih lanjut :
Restoran Cheese Banjir
Alamat :
Lot G10, G-Village,
Jalan 1/76, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Website : www.cheesebanjir.com

Pakat jumpa sana tibai cheese sama- sama noo!

26 comments:

  1. Wow wow dan wow. Cheese Fountain tu! Kalau eiza berbuka disini, sotong goreng tepung,sotong goreng butter, fries, nugget semua eiza celup cheese fountain tu. Hahaha. Taklah mahal sangat harga buffet kat sini. Thanks for the sharing Ty.

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu bulan puasa ni. Sedap2 menu dia

    ReplyDelete
  3. Is a cheesy time. Look good the cheese fondue. And they do offer variety of choices for buka puasa. Worth to try for those that love cheese so much.

    ReplyDelete
  4. Uniknya kedai ni. Cheese Fountain tu sangat rare. Banyak pilihan menu berbuka puasa. Tapi normally bulan puasa ni tak lalu juga nak makan banyak2 takut perut tak sedap je. Buat warga yang berdekatan boleh pilih kedai ni sebagai tempat untuk berbuka sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Menarik la...anak akak suka makanan yg ada cheese macam ni..bagus konsep restoran ni sediakan makanan berasaskan cheese yang ada peminat tersendiri..menu pun banyak pilihan tu ha..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah....godaan apakah ini. Why jauh nau tempat nih. Kalau dekat memang dha terjah dah. Tau tak saya nih memang hantu cheese. Menggigil jari nak taip tengok semua gambar makanan yang ada cheese nih. Yang cheese fountain tuh godaan sungguhlah.memnag buat kerja gila nganga mulut trus kat situ..hahahah

    ReplyDelete
  7. Heyy, nak pergi tak pergi-pergi lagi..hahaha.ya ampunpun murah ye 49, tapi untik booking awala ye..kene booking nia..makan sedap2..suka tengok sebab cheesebaby dia nampakyang menyelerakan...memang kenapun dengan nama kedai cheese banjir, cheese pun banyak

    ReplyDelete
  8. best giler semua menu!! Serius tak pernah tengok ni cheese fountain, menarik betul. Nak ajak satu family datang sini la nnt.

    ReplyDelete
  9. woaaahhh macamm sedap je menu menu diatas tu

    ReplyDelete
  10. So many cheeeese 😱😱 bestnya.. seronok lahai kalau dapat pi. Masuk list siap2 la. Untung-untung boleh pi buffet Ramadhan. Hihi

    ReplyDelete
  11. Rare sangat nama restoran makanan cheese macam ni. Lagi rare siap ada fountain keju lagi tu. Mana pernah tengok kat mana-mana kan.

    ReplyDelete
  12. Tengok menara Cheese rasa terguguat iman nak makan kat sana hehehe masa puasa ni takut tak sempat kalau datang sekarang boleh tak heheheh sedap sangat...

    ReplyDelete
  13. Ya ampun.. Ternganga mulut tengok cheese fountain tu. Selalu tgk chocolate fountain je kan.memang rare habis semua menu dekat sini. Aishh sapa minat cheese ni lah masa nak puas kan nafsu korang tu. Meatza dengan sphageti bolognese cheese tu memang mengancam. Wajib cuba. Eh awat murah sangat harga bufet dekat sini??

    ReplyDelete
  14. Nama kedai sgt rare la... tgk pulak byk giler cheese yang yang dihidangkan.. klau liez pergi mmg bedal byk la cheese.cheese fountain tu mcm memanggil je

    ReplyDelete
  15. ya ampun keju dia melelh betul..mmg sangat tempting dan mengiurkan..ni kalau makan sekali kena diet lemak seminggu heheheheh

    ReplyDelete
  16. Ya ampun cheese dia, kita adalah seorang peminat tegar cheese! Tapi lokasi dia jauhhhhhhhhhh....nantilah ada masa nak pergi try...Kan best kalau depa bukak satu cawangan di Shah Alam, mudah sikit nak merasa..

    ReplyDelete
  17. Ya ampun... Meleleh tgk cheese fountain dia ... Dahlah kita minat cheese... Mmg tergugat iman ni tau.. Hahaa.. Menu2 dia boleh tahan lah murah not bad kan.. Ini kalau dtg sini.. Mau tapau cheese fountain dia senyap2... Hihi... Kalau ke kl bolehlah nak try kat cheese banjir ni... Msuk list food hunter kita.. Mne tau de rezeki kan..tq kak ty share...

    ReplyDelete
  18. Meleleh tgh cheesenya.... sekali sekala dapat rasa makanan macam nie, rasa macam heaven la pulak.. Dekat Desa Pandan je ek...

    eh, time bukan bulan ramadan... ada buffet juga ke?

    ReplyDelete
  19. Ya Allah terliur tengok smua gambar. Heaven betol ni xD
    Jemput datang ke blog saya yang bar di dirikan ye. Hargai sangat2. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki ye
    https://blognurfarizah.blogspot.my/2018/05/selamat-datang.html

    ReplyDelete
  20. Mak ai cheese fountain dia. Adudududu. Telan air liur tengok. Tak sangka ada cheese fountain. Ingat chocolate fountain je ada. Berbuka puasa macam ni kalau ada geng best kan. Hahaha. Boleh telan cheese sedap-sedap. Wuwuwuwuwuwu

    ReplyDelete
  21. Tetiba rasa nak buat cheese fountain tu kat umah hahahahha geramnya akuuu lambat nau dia gerak2 hahahha

    ReplyDelete
  22. Cheese? Alamak sedapnya terpikir pasal cheese, especially Blue Cheese.. Tapi, gumuklah badan ni nanti lagi macam di pam pam.. Hahah.. Ada cheese fountain juga tu oh myyy.. Tapi, tak sure lah kalau boleh makan banyak2 ni time bulan Ramadan nanti.. Maklumlah seharian perut dah kosong, bukannya boleh sumbat banyak2 takut kembung perut.. So, kalau tak bulan Ramadan pun ada ke banyak2 mcm ni?

    ReplyDelete
  23. Terliurnya tengok Cheese Banjir ni dah lah favorite. Siap ada fountain cheese lagi tu lagi nampak menyelerakan. Nak cuba lah nanti tak sabar dah ni.

    ReplyDelete
  24. wow! memang nikmat kalo macam tu cheese fountain. Memang sesuai lah restoren ni utk kaki keju

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen