Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Yatim Di PICC

6:30 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls ,

Baru -baru ini Ty dan rakan blogger lain berpeluang untuk merai hampir 1000 orang anak - anak yatim dari 3 buah rumah anak yatim ; Rumah Amal Suci Rohani di Bandar Utama , Rumah Kasih Sayang di Subang Murni dan Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di Cheras. Dan lingkungan umur dari anak - anak yatim ini adalah di antara 4 hingga 12 tahun.

Dan ini kerana telah menjadi tradisi oleh pihak Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) seperti tahun - tahun lepas mengadakan aktiviti - aktiviti amalan bagi mengimarahkan bulan yang mulia dan penuh barakah melalui program berbuka puasa di Restoran Pot & Pan.

Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan PICC , Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) dengan kerjasama pihak media.


Objektiviti bagi program ini adalah untuk berkongsi erti keriangan Ramadan dengan anak - anak yatim. Selain itu , dapat juga syarikat yang ambil bahagian dalam program ini dapat bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Juga dapat mengeratkan hubungan serta mengurangkan beban mereka dalam persiapan untuk Hari Raya nanti. Anak - anak yatim ini turut menerima sumbangan duit raya serta cenderahati setiap orang di majlis tersebut.

Antara menu yang menarik Restoran Pot & Pan, PICC sediakan ;








 
 




 



















 




 











 
 






Turut hadir di majlis iftar ini adalah Presiden Perbadanan Putrajaya merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Co-X dan Putrajaya Leisure and Services Group Sdn Bhd (PULSE Group) , Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail , ahli - ahli Lembaga Pengarah Co-X serta pihak pengurusan kanan PICC.


Semoga program sebegini akan diteruskan lagi .

1 comment:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen