Badminton - Pertandingan Suka Suki

Tuesday, May 1, 2018


Salam uolls,

Semalam seharian Ty hanya di rumah, Iya sis mohon cuti gantian. Lebih kepada berehat saja di rumah sambil siapkan entry blog yang menimbun.

Tak sangka sudah hampir sebulan Ty tak menulis blog. Kali ini betul-betul jelas kekangan masa.

Walaupun sedang sibuk menghadap entri, Ty terima jemputan dari seorang sahabat untuk join dia dan team luar lawan game badminton.


Sebabkan dari asyik ke food review sempena nak sambut Ramadhan dan asyik terperuk dalam rumah menghadap laptop. Makanya Ty setuju untuk join perlawanan badminton pada malam semalam.


Partner bergu Ty, Wan dari Immigration. Tak kenal pun. Begitulah sukan, menyatukan kengkawan yang sesama dengan minat yang sama. Walaupun kalah, hasrat Ty tercapai. Nak keluar tengok dunia dan berpeluh.


Speechless.
Rezeki tak berpernah salah alamat. Tuah rezeki tak siapa yang tahu. Tak menang juara pun ada habuan. Dalam duk kata nak pi beli raket baru gara-gara raket dah terkepak nak patah masa men tournament bahagian tahun lepas, tuptup dah dapat raket baru malam ni. Kaler pun hitam merah, memang fav kaler and wanted to have it. Jadila buat pukul-pukul training nanti. Duit poket pun dapat, share - share dengan partner. Seorang dapat RM50. Tak sia² keluar rumah selepas seharian (dari petang semalam) pulun edit video, update blog dan malam ni sempatlah mengeluarkan peluh.


Terima kasih kengkawan baru semua. 

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.