Salam u olls ,
Baru - baru ni , Produk Safi telah mengadakan pelancaran "relaunch" di District 12 , IOI City Mall. Dan pada majlis pelancaran ini juga terdapat pelbagai aktiviti yang sangat meriah kepada para hadirin.
Rata - rata kita sudah pun tahu tentang jenama produk ini. Walaupun ianya pakar kepada dan khususnya bagi rambut wanita yang bertudung namun produk syampu Safi ini juga boleh digunakan kepada mereka yang "free-hair".
Ketua Eksekutif Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Sriram Krishnamurthy (kanan) dan Pengurus Pemasaran Safi, Puan Mahsuri Sulaiman memperkenalkan peluncuran SAFI SHAYLA dengan perumusan baru dan pembungkusan premium terkini.
Foto Safi Group semasa pelancaran, dari kiri - Cik Sakinah Amirah (Produk Eksekutif), Cik Jessie Wong (Pengurus Besar Jualan), Ms Doris Gwee (Pengurus Produk Kanan), Pan Choi Yan (Pengurus Besar Pemasaran), Sriram Krishnamurthy ( Ketua Eksekutif Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd) dan Puan Mahsuri Sulaiman (Pengurus Pemasaran).
Eksekutif Produk Safi, Sakinah Amirah memberikan ucapan mengenai peluncuran SAFI Shayla dengan formula baru dan bertambah baik serta memperkenalkan produk baru untuk melengkapkan rangkaian penjagaan rambut SAFI Shayla.
Pelancaran Gambit - pakar penjagaan rambut tudung Safi Shayla untuk melayari aktif. Dan juga mempaerkan wajah pembungkusan premium terkini SAFI Shayla dalam pelbagai saiz.
Safi Shayla melancarkan pelbagai produk - (dari kiri) Minyak Rambut Safi Shayla, Safi Shayla Syampu, Safi Shayla Pump Syampu, Safi Shayla Pouch Shampoo dan Safi Shayla 2 dalam 1 Mist & Rambut Hijab.
Aktiviti Safi Shayla Zumba dengan media
Media yang menyertai salah satu permainan yang diadakan semasa pelancaran acara Safi Shayla. Memamg havoc habis uolls.
Ini sedikit info untuk uolls lebih mengenali jenis pilihan syampu yang korang nak guna nanti dan bolehlah mendapatkannya di pasaraya terdekat,
Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.
c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.
d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.
f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.
h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.
5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat dalam dua variasi yang berformulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.
b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-
a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.
b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.
rindu broga yang lama sebelum terbakar dulu ,cantik ,sekarang macam sepah skit pemandangan nya hehehehe
ReplyDeletepernah try sekali safi shyla ni. bau dia wangi..
ReplyDeleteutk minyak rambut anti kelelemur, kena basahkan rambut dahulu atau jgn basuhkan dahulu?
ReplyDelete