Salam u olls ,
Putrajaya Pink October Run 2017 , Ty dan kengkawan opis turut serta acara larian ini yang baru - baru ni telah berlangsung di Putrajaya pada 28 Oktober 2017.
Bila ada saja acara larian ni Ty lebih terjurus ke arah ni lagi dari nak ke mana - mana hala. Walhal ada sales kat Prima Valet dan kengkawan blogger yang lain ada event di Taman Warisan juga ada ajak bercuti di Perak. Bagi Ty , larian ni setahun sekali , aktiviti - aktiviti yang lain semuanya boleh diusahakan bila ada kelapangan masa lain.
Terjebak pula kengkawan opis yang bukan searas seunit ni. Syabas abang , kakak , adik. Bergelar seorang ibu kepada anak - anak tidak menjadi halangan mereka turut sama Ty pagi tu bersukan walaupun mereka lebih kepada berjalan dan bergambar di setiap sudut. Jaga make-up mungkin juga. Berpanas terik atas kepala menunggu mereka sampai di garisan penamat.
Gambar di garisan penamat ; sopan vs terlebih aktif
Sepanjang larian , ini antara larian yang Ty sebenarnya dalam kesihatan yang tidak berapa nak baik. Tapi semangat tu membawa Ty juga ke sini. Tapi lepas berlarian , sakit tu hanya tuan empunya badan sahaja la yang tahu bertapa azabnya. Musim sakit bulanan katakan.
Apa - apapun , Ty seronok sebab sejak dua menjak ni terlalu sibuk dan cuaca pun tak berapa cun jadi tak bersukan sangat. Dapatlah keluarkan peluh bila join aktiviti larian sebegini. Jadilah bakar sikit - sikit yang terternak tanpa sengaja.
Acara larian Putrajaya Pink October Run 2017 ini dianjurkan oleh Jabatan Pembedahan Payudara dan Endokrin Hospital Putrajaya, Hospital Persatuan Pakar Perubatan Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan rakyat Malaysia serta untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Acara ini akan diadakan bersempena bulan Kesedaran Kanser Payudara pada Oktober 28.
Untuk maklumat lanjut, ikuti :
Facebook: putrajayapinkoctoberrun2017
Instagram: @ putrajayapinkoctoberrun2017
wow bestnya
ReplyDeletebestnya pink. hehe hari tu ada try 5km. bukan lari la,jalan je. hikhik
ReplyDeletebestnya... dapat amalkan gaya hidup sihat...
ReplyDeletewaaa semua pakai pink mesti comel tengah2 lari tu.. sweet je =D
ReplyDelete