De Palma Eco Resort Kuala Selangor

1:03 PM Yanty Lee 23 Comments



Baru ni Ty ke De Palma Eco Resort , Kuala Selangor yang mana boleh dikatakan a very short vacay gitu. Kali ni Ty lebih mendekati daerah Kuala Selangor , salah satu daerah yang agak jauh dari pelusuk kota.

De Palma Eco Resort , Kuala Selangor sebuah tempat penginapan yang membawakan konsep "Back to Nature". Dengan berkonsepkan dengan hanya chalet & villa sahaja dapat memberi kesan yang lebih selesa buat pengunjung yang menginap , kerana suasana yang lebih privasi dan secara tidak langsung dapat merasai sendiri pengalaman dengan alam semulajadi di sekeliling . Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan harian di kota raya yang sesak amatlah sesuai untuk ke sini.


Terletak di tepi Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor membuatkan persekitaran yang lagi tenang dan pastinya dapat membawa u olls ke dunia yang berbeza. Resort ini terletak di bandar Kuala Selangor dan hanya satu jam memandu dari Lembah Klang.


De Palma Hotel Kuala Selangor menawarkan penginapan yang selesa dan menawarkan ;
- 48 chalet ; dan
- 12 villa.

Tetamu pasti dapat merasakan sebuah pengalaman seperti berada di rumah bila menginap di resort ini. Anatara katergori bilik yang terdapat ; 
- Superior (Queen / Twin)
- Villa Superior (Queen / Twin)
- Junior Suite
- Deluxe (Twin / Triple)
- Anjung Suit
- Dara Suite
- Malawati Room (2 Queen)
- Desa Room (2 Queen)
Tempahan bilik boleh di buat melalui laman web : http://www.depalmahotelonline.com , harga minima serendah RM200 ke bawah. Bagi kakitangan kerajaan , akan diberikan rate harga yang lain.

Restoran Rumbia
Restoran Rumbia boleh menampung sehingga 150 orang pada satu-satu masa dan dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Restoran ini menawarkan pelbagai masakan tempatan dan barat.

Fasiliti dan perkhidmatan lain yang disediakan ; 
- Surau (ada Imam)
- Swimming Pool
- Laundry Service
- Shuttle Service
- Major Credit Cards Accepted
- Safe Deposit Boxes
- City Tour (Upon Request)

Aktiviti riadah atau senaman ringan juga ringkas ada di sini ;
- Horse Riding

- Team Building

- Jungle Trekking

- Zumba

Bila datang ke Kuala Selangor , adalah wajib untuk terokai apa yang menarik di sini. U olls boleh dapatkan perkhidmatan "City Tour" daripada pihak resort sekiranya tidak familiar dengan kawasan sekitar. Antara tempat - tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Selangor ;

- Bukit Malawati 
Kedudukan Bukit Malawati terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.


Di sini uolls boleh jumpa dengan puluhan jenis binatang yang dikenali dengan panggilan atau nama "lotong". Lotong ni antara haiwan yang terdapat di Malaysia dan Sumatera , Indonesia yang mana hanya didapati di Semenanjung Malaysia , Sumatera dan Broneo. Haiwan ini hanya akan datang pada waktu pagi dan akan kembali ke hutan pada sebelah petang.

- Kelip - Kelip Kampung Kuantan
Satu bot berharga RM53/- untuk 4 orang

- Sky Mirror

Pantai Sasaran lebih dikenali sebagai "Sky Mirror" sebagai perairan cetek dari "Mystery Island" ini mencerminkan langit sepanjang masa, dengan itu mewujudkan banyak fotografi dan peluang selfie yang unik untuk semua orang. Apabila pulau ini telah surut airnya sahaja peluang bergambar dengan kualiti yang cantik dapat dihasilkan.


Sky Mirror di Kuala Selangor merupakan salah satu tarikan pelancongan yang paling menarik dan terbaru di Malaysia, tetapi harus tahu bahawa tarikan ini hanya berlaku dua kali sebulan pada bulan purnama dan tempoh bulan baru. Jika bercadang untuk melawat Sky Mirror, perlu pastikan masa bulan dulu sebelum pergi ke sana.


Untuk ke tengah laut ini mengambil masa hampir 30-45 minit dari jeti. Satu bot hanya boleh memuatkan tidak melebihi dari 10 orang. Harga pakej ke Sky Mirror ini adalah RM80/seorang.

- Taman Alam Kuala Selangor


Taman Alam Kuala Selangor adalah syurga untuk pelbagai flora dan fauna, yang mana terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau . Ekosistem bakau adalah luar biasa kerana mereka melindungi pantai, berkhidmat sebagai tempat pembiakan ikan, memberi perlindungan kepada hidupan liar yang pelbagai dan bekalan kayu. Taman Alam Kuala Selangor adalah lebih daripada sekadar pokok bakau di rawa. 

Kawasan ini juga mempunyai lebih daripada 150 spesies burung dan 100,000 burung yang terdiri daripada 30 spesies, yang melintas di sini pada penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, menonton burung adalah salah satu aktiviti yang menarik di Taman Alam Kuala Selangor.


Terdapat empat jejak untuk dilihat untuk melihat hidupan liar. Mereka adalah Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam.

Penyiaran dan menara pemerhatian disediakan untuk pelawat. Anda dinasihatkan untuk membawa teropong dan kamera dengan kanta telefoto untuk melihat pemandangan burung dan haiwan lain yang lebih baik. Terdapat juga chalet bagi mereka yang berminat untuk mengalami malam di padang gurun.

Jam Operasi:
Harian: 9.00 pagi - 6.00 malam
Tambang / Kadar: Seperti di gambar

- Pasar Basah & Kering , Pasir Penambang

Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor adalah pasar utama menjual ikan menangkap ikan segar (atau makanan laut segar) di Kuala Selangor. Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor terletak di Jalan Feri Lama. Di sini boleh beli pelbagai jenis ikan tangkapan segar (makanan laut segar) dari Kampung Perikanan Kuala Selangor


Semua ikan tangkapan segar , di sini adalah terus dari bot nelayan Kuala Selangor. Makanan laut segar yang dijual di pasaran ini kurang dari 6 jam selepas makanan laut yang ditangkap dari laut, kesegarannya sangat tinggi. Banyak orang dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang datang ke Kuala Selangor setiap hujung minggu dengan tujuan membeli ikan segar atau makanan laut segar. Masa terbaik untuk pergi membeli ikan segar selepas 2.00 petang. Bot nelayan hanya datang dari lautan selepas kegiatan menangkap mereka Selat Melaka (Selat Melaka)


Okay , itu adalah serba sedikit aktiviti juga tempat yang Ty kunjungi semasa bercuti di Kuala Selangor.

Untuk makluman u olls , De Palma Eco Resort juga ada mempromosikan "Promosi Makanan Bulanan". Promosinya akan berlangsung sepanjang bulan tersebut. Selain di Kuala Selangor , terdapat lagi 2 buah hotel yang terletak di Ampang dan Shah Alam.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang De Palma Eco Resort , Kuala Selangor boleh dapatkan dari ;
Telefon : 0332897070

23 comments:

  1. Wahh bestnya Ty..seronok nampak..gambar2 cantik jer.. jehlesss aihhhh nak g jugoksss hahaha

    ReplyDelete
  2. Harga gomen lain..menarik gak ni. Banyak gak tempat lain yg bokeh dilawati. Berbaloi jugak klu terjah ni ..

    ReplyDelete
  3. Wahhh menariklah, sky mirror tu dah lama teringin nak pergi.

    ReplyDelete
  4. Bestnya buat team building kat situ..

    ReplyDelete
  5. Menariknya tmpt ini. Napa tk hajak lisaaaaa :(

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Gambar kak ty pun cantik2 sgt

    ReplyDelete
  7. Bestnya sisssss....environment pun besttt... Nanti ajak kiter yerr

    ReplyDelete
  8. Sky miror tu cantik tp betul ke kat sini kena bayar tuk ambil gambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya nak guna khidmat photograhper mereka , boleh la hire dan bayar. Kalau tak sendiri2 la.

      Delete
  9. wahh bestnya.. teringin nak kesini jugak..

    ReplyDelete
  10. wah..best nya..dah lama dah teringin nak pg sini..

    ReplyDelete
  11. cantnya sky mirror tu..klu pandai shoot pic lg best

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Pernah duduk sini dulu but that was a very short stay for a programme hosted by Tourism Selangor. Nice juga to know that there are many things to do around its vicinity - ada horse riding, outdoor activity and more. Great article!

    ReplyDelete
  13. waa.. bestnye !! dekat jek pon tapi tak pernah tau ade tempat secantik ni.. hee~ boleh masuk dalam list..

    ReplyDelete
  14. bestnyaaaaa jeles oiiii ada kuda,sky mirror tu best la,hotelnya pun cantik huhuu

    ReplyDelete
  15. teringin staycation sini. tengok swimming pool tu best

    ReplyDelete
  16. banyak kali plan nak pi kelip kelip tu tak pernah menjadi. hehe tengok jela dulu orang pi =D

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen