Glamping di Lost World Of Tambun

3:33 PM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls .

Percutian ringkas Ty kali ni pula ke Lost World Of Tambun , Ipoh. Apa yang Ty boleh katakan , ini adalah salah satu percutian yang sangat menarik dan teramat menyeronokkan. Walaupun hanya mengambil selama 2 hari 1 malam sahaja.


Okay , apa yang Ty tahu kalau ke tempat berkonsepkan "theme park" ni selalunya lebih kepada main air , main mainan yang sedia ada sahaja. Tapi di Lost World Of Tambun sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat apatahlagi untuk diterokai.

Perkara yang Ty paling suka dan inginkan adalah bermalam di dalam hutan. Camping gitu. Sebelum ni dah rasa pengalaman di Taman Negara , Pahang , tidur dalam khemah tepi sungai hinggakan cara mandi hingga ke nak membuang air bagai pun secara semulajadi tapi kali ini upgrade sikit. Ty ber"glamping" di tepi tasik di tengah hutan dalam kawasan Lost World Of Tambun.


Satu khemah yang besar ini sangat selesa dan sesuai untuk 4 orang . Yang lebih menyeronokkan ialah Ty dapat bermalam dalam floating glamping tu. Curlas sangat kan u olls?! Pakej untuk glamping hanya berharga RM588/- yang mana telah tersedianya tuala , kipas angin , cermin panjang bersetkan tempat mengantungkan baju , toiletries ; syampu , sabun mandi & losyen , meja untuk letak & simpan barang juga plug soket pun ada jadi boleh cas smartphones , laptop , kamera DSLR segala bagai untuk "memories to be kept" kekdahnya.



Aktiviti yang bole buat dan terokai di Lost World Of Tambun , tengok haiwan secara "live" di Hippo  Kingdom. Di sini u olls , boleh dekati haiwan dan siap boleh bagi makan. Part paling menerujakan bila dapat tengok badak sumbu bernafas , tengok permukaan air yang tenang tapi ada buaya telah laju kocakkan ekornya dan dubook yang mana Ty selalunya hanya membaca buku fixi keluaran DuBook Press. Eh.


Bila dah besar panjang ni nak layan haiwan - haiwan di zoo especially mungkin tak terfikir, hakikatnya seronok juga sebenarnya sekali sekala dapat peluang tengok haiwan yang jarang kita jumpa dan kenali . Satu kelainan la di Hippo Kingdom , Lost World Of Tambun.


Okay u olls , ini adalah kira salah satu "check-point" yang wajib u olls untuk wajib dan semestinya kena singgah dan bertemu dengan mereka si hantu sekeluarga. Haunted Chambers , adalah rumah hantu yang menakutkan sangat kerana konsepnya berasaskan hantu - hantu Melayu bukan English ; vampires tu semua. Sejurus masuk sahaja , dijemput si nenek kebayan dia tanah perkuburan. Bestnya teroka rumah hantu ni diketuai oleh nenek kebayan. Memang menjerit sepanjang perjalanan nak menuju ke luar. Max hanya 6 orang sahaja sekali masuk.

Rintangan menuju ke pintu masuk gua 6th Mile tunnel ; berpaut pada tali sahaja

6th Mile Tunnel , kat sini Ty boleh katakan setiap orang yang lakukan aktiviti ini pasti akan rasa seronok habis. Walaupun trekking ke dalam gua yang perlu merentasi sungai dipenuhi dengan araipama dan sepanjang perjalanan dalam gua pergi dan balik  (patah balik) hampir 1.8km sangat mencabar mental dan fizikal. Sebabnya , kami hanya dibekalkan headlamp untuk terokai gua yang gelap dan agak tangkap muat untuk seorang melaluinya dengan air yang juga deras.


Tujuan kami terokai 6th Mile Tunnel ni untuk merasai sendiri bagaimana zaman dulu ; komunis terutamanya mengharungi gua tersebut dan menjadikan ia sebagai tempat persembunyian. Antara binatang liar yang ada di dalam gua ini ialah ular , ikan keli , kelawar. Banyak juga tips yang diperolehi ketika ekspedisi kami walaupun lenguh-lenguh badan. Mujur ada Cosmoderm.

Lepas dah penat merintangi laluan yang sangat mencabar tadi , Ty dan kengkawan bersihkan diri dan bersiap untuk minum petang di Dulang Tea House.


Konsep ala kedai / warung cina tapi di dalam gua gitu. Walaupun sangat klasik tetapi setiap menu makanan yang ada di sini sangatlah unik dan sedap. Sumpah sedap sangat - sangat.


Boleh dikatakan hampir ke semua jenis menu Ty cuba. Eventho bermenukan Roti Bakar Kaya pun sedap apatahlagi Roti Bakar Kari Ayam yang teramat terangkat kaw beb! Berebut - rebut juga la nak makan. Uniknya bila ada satu menu ni dikenali dengan nama Roti Tumbuk , sebelum makan kena tumbuk rotinya dengan lesung batu sehingga  hancur kemudian digaul bersama parut kelapa dan gula merah , perghhhhhhhhhh rare tapi sedap wei.


Sebelah malam , layan Flamming Percussion sekitar Hot Springs & Spa. Hebat brader - brader api berasksi demi menerujakan para penonton.


Pertunjukkan ini lebih kurang 30 minit , penonton berpeluang untuk bergambar dengan mereka selepas pertunjukkan.


Alang - alang dah ada sekitar Hot Springs & Spa , boleh la sambil rehatkan badan atau dengan sekadar celup - celup kaki dalam kolam air panas ni.


Lepas dah bersantai dan makan malam bertemakan BBQ. Sesi beristirehat sebelum terbuai mimpi indah. Kengkawan yang sememangnya jenis tido lambat siap bersesi photogragphy . 

Cantikkan suasana Glamping waktu malam.

Esoknya , sarapan pagi yang sangat mewah dan privasi di Wetlands. Sarapan ala English Style gitu. Bersmoothie fresh terus ke tekak.



Pagi yang tenang sangat bila tengah makan sarapan pagi dengan suasana di tengah - tengah hutan bermuzikkan bunyi alam semesta. Tempat ni dibuka untuk tempahan bagi private event.


Lepas makan , sesi ber"Petting Zoo" , manja dan terlatih haiwan di zoo ni.


Sambil main dengan haiwab kat sini , boleh cuba nasib korang dengan permainan "Trick & Treat" sempena Halloween ni. Hampir 6 station disediakan.


Makan tengah hari kami bertempatkan di Kepura Cave ni , sangat sesuai untuk majlis tertutup dan mesyuarat juga.

Overall percutian 2 Hari 1 Malam di LWOT memang sangat seronok dan berbaloi buat u olls yang nak mendekati dengan alam semulajadi.

Jom ke Lost World Of Tambun , uolls! 
Maklumat mengenai LWOT :-
Alamat : No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1 , Sunway City Ipoh , 31150 Ipoh , Perak.
Tel : 605-5428888
Fax : 6055428899

10 comments:

  1. Alaaaaa...bestnyaaaa....akak x pernah sampai lagi..nanti nak pi jugak la kat sini...

    ReplyDelete
  2. Bestnya aktiviti kat sana, nanti nak pergi jugaklah.

    ReplyDelete
  3. Bestnya aktiviti kat sana, nanti nak pergi jugaklah.

    ReplyDelete
  4. rindunya... harga termasuk entrance dua hari ke themepark kira berbaloi juga!

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa! Dah lama teringin nak pi sana

    ReplyDelete
  6. nak ajak suami lah..dia memang suka camping..kali ini camping cara glamour lak. baru tak sakit badan.

    ReplyDelete
  7. bestnyaa glamping tu. alang alang dah lama tak camping kan. hehee. kena try ni

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen