Mini Showcase - Single pertama Ajari Aku dari Irene Catalina

7:45 PM Yanty Lee 10 Comments


Salam uolls ,


Ada yang kenal dengan Irene Catalina? Ataupun pernah kenal dengan nama kumpulan "Angels" pada suatu masa dulu? Kumpulan Angels ni dianggotai oleh 3 ahli wanita iaitu Zurina , Ana dan juga Irene Catalina yang menapak dalam industri seni sekitar tahun 2004 hingga 2006. Kini kumpulan ini tidak lagi aktif dan hanya Irene Catalina sahaja yang berhasrat untuk kembali semua sebagai penyanyi solo.


Single pertama berjudul Ajari Aku yang ditulis oleh Kumpulan Viral sebagai penulis lirik dan lagu ciptaan composer ter kenal iaitu DJ Fuzz. Lagu ini juga turut dipilih menjadi runut bunyi dalam drama "Encik Suami Mat Salih Celup" dan mula dikenali setelah video muzik rasmi lagu "Ajari Aku" men dapat tontonan sebanyak 123,000 ribu kali dimuat naik di YouTube pada 1 Ogos 2017.


Showcase dianjurkan bersempena untuk menghargai tanda sokongan serta galakan yang diberikan dari pelbagai pihak kepada Irene Catalina yang telah kembali mewarnai industri seni hiburan tempat an setelah sekian lama menyepi.


Sepanjang showcase , Irene Catalina telah mempersembahkan sebanyak 8 buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan oleh Irene Catalina termasuklah lagu Sejarah Hitam yang merupakan lagu bersama kumpulan Angels suatu ketike dahulu dan semestinya sebelum bersurai majlis Irene Catalina menyampaikan lagu single pertamanya yang berjudul Ajari Aku.


Untuk makluman uolls , Irene Catalina turun tercalon di dalam kategori Penyanyi Baharu Hot 2017 Anugerah Hot FM Top Hot 2017. Harapan Irene Catalina agar single pertamanya sebagai penyanyi solo ini akan mendapat tempat di hati pendengar - pendengar lagu tempat an serta sokongan dari pijak media untuk terus beraksi mewarnai industri seni hiburan dengan bakatnya yang dimiliki.

Jom dengar single pertama berjudul Ajari Aku ;



Facebook : Irene Catalina

10 comments:

  1. boleh tahan jugak single terbaru dia.

    ReplyDelete
  2. yang lama kita baharukan dan viralkan....huhuhu

    ReplyDelete
  3. ok la lagunya, kalau selalu dengar, mesti layan.

    ReplyDelete
  4. Sedap gak suara dia. Lawa lak tu...

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah dengar kumpulan angels. Ni la first time tahu. Lagu ajari aku tu smart juga. Boleh tahan.

    ReplyDelete
  6. time tu tak ingt lagi. budak2 lagi heheh baru tau siti nurhaliza je..ok nanti nak dengar hehe

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen