Protects What You Care Dengan NIVEA Care Run 2017

8:11 AM Yanty Lee 17 Comments


Salam u olls ,


NIVEA Care Run 2017 ,  acara larian ni dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care yang bertemakan "Protects What You Care" pada 29 Oktober 2017 di Kompleks Sukan Air , Putrajaya. 

NIVEA Care Run flag-off (dari kiri): 
Seleberiti Undangan ; Siti Saleha; Ms Shirley Toh, Pengarah Jualan Beiersdorf Malaysia; 
Mr Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf dan Mr Cheong Wai Lun, Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia.

Ty pun pulun join ! Walaupun dah berlari semalamnya di larian Putrajaya Pink October Run 2017.

Bersama blogger ; +Sue Izza & selebriti ; Siti Saleha
Begini la bila bergelar ibu , eh.
Penyerahan sumbangan antara Mr Ng Hock Guan , Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura kepada Daro' Leela Mohd Ali , Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang dan En.Ariff Farhan , Pengurus Besar Yayasan Budi Penyayang. 

Acara larian ini juga telah mendapat sambutan hampir 2,500 rakyat Malaysia. Memandangkan konsep temanya itu juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti secara tidak langsung. Kutipan sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian ini telah disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) iaitu merupakan sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.


Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.


Begitu juga dengan selebriti tanah air ini , Siti Saleha sempat juga berkongsi tips bersama peserta larian NIVEA Care Run tentang penjagaan ketiak beliau sendiri.


Selain berlari dan beramal , peserta larian juga berkesempatan dan mengambil peluang untuk meninggalkan pesanan mengenai "protect & care" kepada orang - orang tersayang mereka terutamanya juga kepada seluruh rakyat Malaysia di papan dinding yang disediakan oleh pihak penganjur.

Seketul Yanty yang terlebih aktif

Secara keseluruhannya , NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan. Pelbagai aktiviti juga telah dianjurkan bagi peserta selepas acara larian , antaranya ; cabutan bertuah dan kios foto secara percuma.


TERBARU dari NIVEA ; Deodoran NIVEA Protect & Care Roll-On 50ml dan NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing - masing sudahpun berada dijual di pasaran pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk - produk NIVEA , dapatkan di Facebook Page : www.facebook.com/mynivea .

17 comments:

  1. Wah seronok sangat laaa dapat berlari cam gini. Kalau laa dekat2 nak jugak join dua kaki hehehe...

    ReplyDelete
  2. Wahhhh... Meriah tgk program ni.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Bagus program camni, sambil enjoy sambil beramal

    ReplyDelete
  4. Bes gila. Nak join gak la run lps ni. Dah la warna biru tu cun..

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat buat aktiviti mcm ni..teringin nak join..

    ReplyDelete
  6. Best betul join run nie..minggu nie saya pula nak run kat the music run

    ReplyDelete
  7. dah jadi trend fun run ni...dan disamping tu kita jugak kita dapat jaga kesihatan diri ..yg NIVEA ni unik sebab diselitkan juga part perlindungan diri ..bagus sangat !!

    ReplyDelete
  8. seronok tengok orang join event2 macam ni.. tapi CT pemalasss macam mana tuuu ?? hehe..

    ReplyDelete
  9. Syoknya dapat join larian camni, nanti dah habis pantang bolehlah akak join.

    ReplyDelete
  10. Bestnya nampak meriah sangat! Rugi pulak tak dapat join hee

    ReplyDelete
  11. Bagus ni aktiviti sihat. Dpt jumpa retis Pula tu

    ReplyDelete
  12. besttlaa larikk ni ada protection ke..

    ReplyDelete
  13. wah kaksu pon ada lah. meriah betul

    ReplyDelete
  14. Tak laratlah nak lari Ty sakit lutut haha....
    Nampak seronok sangat Ty, lompat bukan main lagi.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen