Karnival Upin & Ipin 2017

4:50 PM Yanty Lee 11 Comments


Salam uolls ,


First time Ty pergi Karnival Upin & Ipin , seronoknya bila tengok budak - budak eksaited kat karnival ni. Ty pun jadi seronok juga. Karnival ini berlangsung di MAEPS , Serdang selama 3 hari bermula pada 24 hingga 26 November 2017. Karnival dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Kali ini karnival ini lagi meriah dengar cerita , dan apa yang Ty lihat sendiri memang banyak aktiviti yang ada. Karnival ini mengambil tempat sepenuhnya pada 2 buah dewan yang berhawa dingin. Lebih selesa berbanding sebelum ini khabarnya. Luas kawasan dewan membuatkan tidak berlaku sebarang kesesakan langsung.


Amazingly , Ty sampai lebih kurang jam 10 pagi dah ramai keluarga sedang beratur dengan anak - anak comel mereka untuk mendapatkan tiket. Hampir sejam setengah Ty berlegar - legar dan bergambar di Dewan C. Seronok pula jadinya.

RUMAH OPAH !
Cuak juga pada mula nak masuk , sebab terlalu ramai orang. Takut reban pula rumah opah , tak memasal satu hal. Tapi tak okay , alhamdulillah kukuh! Bila dah masuk , teruja sendiri sekejap. Dapat tengok bilik Upin & Ipin , bilik Opah , ruang dapur. Ayam goreng favourite Upin & Ipin ja yang takde. Eh!


SUASANA KAMPUNG & CUCUK TANAM
Kat sini bolehlah dekatkan anak - anak dengan pendedahan mengenai cara menanam tanaman seperti berada di tepi sawah.


ALAM DINO
Dinosaur everywhere!

WAYANG KULIT
Tayangan wayang kulit juga ada untuk anak - anak duduk dan lihat sendiri jalan cerita yang diceritakan.

Bila masuk ke Dewan A , lagi teruja jadinya. Dapat bersantai duduk seisi keluarga untuk menyaksikan pementas watak - watak kartun kegemaran anak - anak kecil. Antara penampilan istimewa Ultraman Ribut , Puteri Island , Pada Zaman Dahulu Island , Dadidudo Boat dan semestinya kemunculan maskot Upin & Ipin menjadi penantian.


Anak - anak dan keluarga juga boleh bergambar dengan mural - mural 3D yang ada. Cuba tengok si kecil puteri tu bergambar , kemain kan posing dia. Terkedu sis!



Selain melayan animasi kartun , pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pertandingan dan bersantai di ruang Battle Ground Arena ini. Superb cool gila , ada yang relax bersandar pada bean-bag sahaja sambil layan FIFA , main bowling , racing car / bike dan macam - macam lagi.


Seronok betul kalau dapat bawa anak - anak kecil datang , memang tak puas 2 3 jam lepak santai kat karnival ni. Kalau boleh 12 jam direct lagi seronok. 

Ada dua tempat parking dengan harga berbeza , nak dekat terus ke dewan , harganya RM15 manakala parking berbayar RM5 pula perlu naik buggy untuk ke dewan.

Buat yang tak berkesempatan nak ke Karnival Upin & Ipin 2017 , tunggu next event pula. Tak rugi pun , lagi rugi kalau tak datang.

11 comments:

  1. wowww ...banyak rupanya yang menarik di Karnival Upin Ipin .. ada ruang dan peluang K.Sal nak gak bawak anak anak ke sana

    ReplyDelete
  2. rupanya banyak aktiviti dekat karnival upin ipin ni. rugi tak bawak anak hari tu. huhuhu...tunggu next event la plak. huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya. boleh rasa pengalaman sama mcm dalam tv

    ReplyDelete
  4. Bukan budak2 je yg akan seronok kalau mcm ni.. mak pak pun mesti seronok..

    ReplyDelete
  5. Wah menarik.. Macam-macam aktiviti ada!

    ReplyDelete
  6. macam-maacm ada..tapi tak sempat nak bawak fariza..hari minggu husband kerja

    ReplyDelete
  7. Boleh feeling2 dalam kartun bila masuk rumah upin ipin tu hihihi

    ReplyDelete
  8. Waa bestnyaa... Banyak aktiviti dan boleh ambil gmbr banyak2..nasib baik saya jauh. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Kalau bawak anak² akak ni mesti depa seronok!

    ReplyDelete
  10. nampak gayanyakena tunggu next event pula.. sebb dah terlepas hahaha

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen