Luruskan Rambut Tanpa Rebonding Dengan Produk StraightPro

12:11 PM Yanty Lee 11 Comments


Salam uolls ,

Uolls nak rambut lurus seperti mendapatkan rawatan dan khidmat rebonding seperti di salun? Kalau nak ke salun pastinya akan makan kos yang lari dari bajet bila uolls akan dipromosikan dengan ubat lah serum lah yang kononnya lebih mahal maka hasilnya akan lebih cantik dan kekal lama. Jadi ceritanya , tak cukup ongkos kira terlari dari bajet.

Jadi sekarang Ty nak kongsikan dengan uolls tentang satu produk ni yang mana uolls bole buat sendiri sahaja dari rumah.


StraightPro adalah satu produk yang dirumuskan untuk meluruskan rambut tanpa perlu ke salun yang mana pengguna boleh menggunakannya pada bila - bila masa sahaja dengan melakukannya sendiri di rumah. Jimat masa dah di sini , jimat kos minyak petrol juga. Ianya juga sesuai digunakan pada rambut yang kering , rambut beruban dan kegunaannya adalah Unisex.

Tidak disyorkan kepada wanita mengandung dan kanak-kanak/remaja yang berumur 15 tahun ke bawah.


Cara menggunakannya juga tertera di kotak dan produk. Hanya yang mampu milik bagi rakyat marhean pastinya akan berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya. Harganya adalah RM80/- sahaja dan uolls hanya boleh luruskan rambut sendiri dengan 3 langkah mudah yang terdiri daripada 3 bahan iaitu Straightening , Neutralizer dan Sleek & Shine Serum.


Produk StraightPro telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya telah disahkan HALAL juga. StraightPro ini difomulasikan di negara Jerman , pastinya kesan yang digunakan adalah tahan lama. Jadinya , insha-Allah tiada kesan sampingan sekiranya uolls menggunakan dengan langkah - langkah yang betul.

Okay uolls , mai Ty ajar uolls cara - cara penggunaan produk StraightenPro ;

Langkah 1 : Straightening Cream


Mudah sahaja , uolls hanya perlu sapukan dengan rata pada rambut korang macam ala - ala di salun tu , kemaskan dengan meratakan sapuan krim ini keseluruhan rambut uolls di kepala tanpa terkena pada kulit kepala. Selepas selesai , biarkan dalam 30 - 45 minit sebelum bilas

Dinasihatkan untuk memakai sarung tangan dan menjarakkan sedikit dari kulit kepala dalam 1cm. Tekstur Straightening Cream ini agak melekit dan baunya agak kuat.


Langkah 2 : Neutralizer


Selepas uolls dah bilas rambut , masanya untuk belai helaian rambut uolls dengan sapuan Neutralizer pula. Caranya masih kekal sama seperti di langkah pertama. Dibiarkan dalam 30 minit sebelum di bilas. Teksturnya agak cair dan wangi baunya yang mana akan menutup semula bau kuat dari Straightening Cream tadi.

Langkah 3 : Sleek & Serum Serum


Selepas selesai membilas rambut uolls , titiskan setitik dua Sleek & Shine Serum di tapak tangan kemudian sapukan pada rambut dari akar rambut hingga hujung rambut. Kelebihan serum ini akan membantu rambut uolls lebih berkilat , lembut dan lurus apabila digayakan nanti. Baunya adalah sangat wangi.


Untuk hasil yang lebih berkesan , uolls adalah digalakkan untuk tidak membasahkan rambut dalam tempoh hingga 3 hari. Bagi yang sememangnya mempunyai rambut tidak lurus , akan mendapat hasil yang memuaskan hati. Jangka masa bagi rambut tampil lurus adalah dalam tempoh dari 3 hingga 6 bulan bergantung kepada cara penjagaan uolls. Kalau duk ikat la bersanggul jangan harap la nak lurus cam papan pula ye.

Bagi yang obses nak lurus ni selalunya akan menggunakan straightening iron , uolls boleh gunakan tapi kekerapan penggunakan itu perlu la dijarakkan atau mungkin seminggu sekali sahaja.

Ini adalah testimoni dari pengguna yang telah mencuba ;



Sekiranya uolls ingin rambut yang lurus dan kemas , bolehlah cuba dapatkan produk StraightPro dan ketahui lebih lanjut tentang produk ini dari :-


11 comments:

  1. Wahhh... Mcm best je.. Nnt leh try ni...

    ReplyDelete
  2. Wahhh!! Senang je sekarang ni nak luruskan rambut kan..

    ReplyDelete
  3. menarik ni.. rambut pun tak rosak.

    ReplyDelete
  4. wah mudahla nak luruskan rambut lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Bestnya ty. tak payah pi salun dah. buat kat umah je. senang

    ReplyDelete
  6. besnyer, xbess klau g salun utk rawatan dia bau diaaaa,,
    tak tahan..huhu..

    ReplyDelete
  7. Wahhh mudahnya, harga pun berpatutan!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen