Mee Tarik Warisan Asli

Friday, February 6, 2015


Mengidam!

Eh , bukan Ty yang mengidam tapi si mama mengandung. Turuti permintaan sampai ke Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi .

Bila sampai restoran ni , kena paksa cepat buat pesanan. Mak aih , dah la first time mana la tahu apa nak mencekik , rasa nak cekik je pelayan ni. *Kejar nak gi solat Jumaat*

Mee Tarik Warisan Asli, masakan cina muslim. Tempat makan mee di mana meenya dihasilkan sendiri. Mee tarik ni berasal dari Lanzhou daerah utara negara China. Ada cawangan lain juga yang dibuka sekitar KL/ Selangor iaitu di Bangi , Dang Wangi, Setapak dan Shah Alam.

Wet Mee Braised Chicken

Rice with Fired Green Pepper & Beef

Rice with Garlic Sprout & Meat

Sliced Mee Soup with Beef

Rice with Fried Mushroom & Beef

Tomato Egg Soup

Honestly , makanan semua sedap. Mee tarik sangat kenyal , bila pelayan served nampak macam sikit je portion  tapi banyak sebenarnya. Penat nak habiskan , huh! Mama mengandung la tolong habiskan mee yang dah tolong perasingkan "sampah" - Capsicum & Bawang. 

Lebih lanjut :
RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI SUNGAI BESI (HQ)
51A , Jalan Tasik Utama 3 , 
Medan Niaga Tasik Damai ,
57000 Sungai Besi , 
Kuala Lumpur.
Waktu operasi 11.00pagi - 11.00malam
Dibuka setiap hari kecuali cuti umum

4 comments

  1. Sedap sedap ! Pernah try dekat Sg Besi juga. Nampak sikit tapi - kenyang gila habaq hang. :D

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka makan kat sini ..sedap...thumbs up...

    ReplyDelete
  3. Saya suka mee tarik... memang sedap

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.