Tiba - Mafa (OST Drama Fira Ayuni TV3)

8:44 AM Yanty Lee 1 Comments

Salam u olls ,

Tidak! Ty terjatuh hati pula dengan lagu ni dan semuanya sebab mummy suka layan drama Fira Ayuni di TV3. Sesungguhnya tak tahu hujung pangkal cerita ni apatahlah lagi drama petang yang mummy sanggup balik awal ke rumah semata - mata nak tengok ; Love You Mr.Arrogant.

Rupanya lagu Tiba dari Mafa dah lama , haru kan Ty memang tak tahu pun ada lagu dan lirik yang perghh , I just love the lyrics dan sangat meaningful.

Jom layan.


Terjatuh
Cuba berdiri tapi
Terjatuh
Lalu dibawa hanyut terapung
Tanpa hala tuju
Dibuai arus

Terpegun
Cuba beralih tapi
Terpegun
Bertentang mata dengan bayangku
Bagai seorang yang
Ku tak kenal

Sudah lama
Ku menyamar
Bagai satu watak atas pentas

Namun sedar
Dalam dada
Ada yang terjaga
Dan sedang bersuara

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenar
Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenarnya
Inilah inilah giliranku
Inilah cintaku
Giliranku kembali

Terlihat
Sememangnya ku sudah
Terlihat
Betapa senangnya tuk berdiri
Dan menguasai hati ini

Memang indah
Cinta kita
Tak terjelas dengan kata-kata

1 comment:

  1. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di [email protected]

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen