La Tahzan - Heliza Helmi

Sunday, October 13, 2013

Salam u olls ,

Ty ada banyak cerita nak dikongsikan dan semuanya backdated cuma mood belum sampai untuk aktif berblogging dan maaf untuk semua rakan blog juga , Ty tak sempat nak berblogwalking serta membalas komen. In Sha Allah , mungkin dalam masa yang terdekat sebelum / selepas Ty bercuti.

Apa yang membawa Ty ke blog dan menulis , gara - gara tengok rancangan Melodi di TV3 telah membawa Ty ke YouTube dan mencari lagu yang sangat menginsafkan diri dari dendangan merdu si jelita Heliza Helmi yang serba sedikit luahannya ketika berada di bumi Gaza. Lagunya berjudul La Tahzan cukup menyayat hati hingga Ty sendiri mendengar tanpa henti - it's keep on repeating. Moga u olls juga akan jatuh cinta dengan lagu ni.


Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalanNya

**
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta , jiwa dan nyawa

Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja

Ulang **

Siapa Tuhan kamu (Allah)
Siapa guru kamu (Rasulullah)
Apa pegangan kamu (Al Quran)
Apakah jalan hidup kamu (Jihad Fisabilillah)

Ya Allah , sebak sangat. Allah akan tetap bersama kita dan mereka , Amin.

Superb subhanallah kan lagu ni dengan video klip ni , kagum dengan dia. Jadi siapa di kalangan yang dengar lagu ni , pun sama macam Ty , dok ulang - ulang lagu ni? Angkat tangan (ee masyam , ahaks) .

La Tahzan , Jangan lah kita bersedih kerana pada setiap satu musibah dan ujian yang kita diuji itu , di situ adanya kasih sayang Allah SWT dan semua ujian tersebut pasti akan berakhir nanti. Moga Ty dan u olls pun cekal tuk teruskan perjuangan dan kehidupan beronak liku yang dilalui masing - masing.

In Sha Allah. Amin , Ya Rabbal Alamin.

4 comments

  1. Jangan sedih, Allah bersama kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah , Akmal. Mudah2an kita kuat cam mereka di Gaza. =D

      Delete
  2. jemputan hadir seminar dan.terapi muzikal la tahzan nersama.Heliza Helmi sabtu 24 Mei 2014 bertempat di Hotel Laman.Seri Sek.13 Shah Alam. layari facebook Milion Aura Consultant &Training..Diskaun tiket diberikan.

    ReplyDelete
  3. Million Aura Health & Beauty (facebook)
    tiket asal rm290. Diskaun 10 tiket terakhir rm150.。

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.