Salam Ramadhan u olls...
Dah masuk minggu ke tiga kita umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah , masih berpuasa. Wooot wooot.. Ni nak share sikit , kalau dalam dok menahan lapar / dahaga dsb sebab puasa , tapi ada rasa teringin nak makan western sedap - sedap apatahlagi murah sesangat. Apa kata jom serbu Restoran The Humble Chef. Sangat recommended , gais. Nak tahu sebab apa , baca selanjutnya apa yang memuaskan Ty makan di sini.
Kalau ke area Bangsar ke Damansara ke KL sekalipun bila orang ajak lepak makan minum memang dalam kepala termind set cenggini.."port ni mesti mewah and mahal". Dan banyak juga makanan ala western yang murah tapi mungkin portion juga taste tu tak seberapa sangat. Setuju tak ?
Tapi bukan di The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara. Tak dinafikan sekelilingnya memang restoran mewah dan high class juga sekitar kediaman mewah.
Uniknya, kelainan yang ada di restoran ini memang tak disangkal Ty sendiri. Bila jejak masuk, sesangat simple bersahaja. Bertambah teruja dan tergamannya bila Ty dapat tahu rage harga makanan/minuman di situ adalah dari RM2.50 - RM20. Nak tahu kenapa tergaman Ty kekdahnya? Tengok menu portion dan harga ni ;
The Humble Chef Sandwich - RM3.00
[Daging kambing yang dicincang dan kepingan cendawan dibalutkan dengan telur]
Lamb Chop - RM20.00
[2 kepingan daging kambing dihidangkan bersama spagethi dengan sos buatan sendiri]
Mushroom Soup - RM5.00
Laksa Goreng - RM6.00
[Laksa yang digoreng dengan rencah tersendiri]
Brownies with Ice Cream - RM6.00
Spaghetti Bolognese - RM5.00
A big around applause to myself sebab antara restoran yang berjaya buat Ty makan kambing yang sedap dan ngam dengan selera tekak Ty. Dari sandwich ke spagethi, memang sedap segala texture yang digabungkan tak rasa dan bau hamis. It's cool and of course I'm enjoying 'em .
Sebenarnya, perniagaan ni bermula hanya dari "food truck" . Dan dek kerana perniagaan mendapata sambutan orang ramai , mungkin nanti bagi orang - orang yang sekitar Serdang / Bangi bole cuba di new outlet mereka di salah satu tempat ini yang masih dalam perancangan pemilik. In shaa Allah.
Ty sendiri pun akan jadikan port kot kalau dah ada area sana. Mana taknya dengan hanya RM5 dapat makan spagethi yang sedap berportion besar pasti mengenyangkan. Tambahpula Ty hantu laksa, Laksa Goreng memang terbaik dan menjadi pilihan Ty. U guys mesti wajib cuba k!!
He is the one , Mr. Humble Chef - Rosman
RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)
Instagram: @mrhumble
Telefon:
014-229 6854 (Rosman)
uhh kul 9.30pg tengok makanan , sedapnyaa ty! selera tgk spagheti tuh
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletepergh ada lagi orang jual makanan rege murah gini.. terbaik laa..
ReplyDeletekecuq liar tgk lamb chop tu huhu
ReplyDelete*liur
Deletesedapnya.. murah dah tu
ReplyDeletesila bawa saya ke sini sebelum saya makan awak hahhahahah
ReplyDeletedah pernah mkn kat foodtruck dan kat shopslot tu, lazat dan berbaloi2
ReplyDeleteRajin sungguh ty jln2 cari mkn
ReplyDeletefuhhh.. telan air liur tgok. ssuai utk date tak?
ReplyDeleteakakk..nanti nak g sini..sedapnyeeee
ReplyDeleteha'ah, kalau gi ke area orang ada2 ni nak masuk tempat makan kat area situ pun takut2..dah set kat mind, confirm mahal punya ni..susah nak jumpa restoran western yang murah..tapi yang ni, memang humble la..harga makanan dalam range berpatutan...
ReplyDeleteWahh harga berbaloi tu. Cepat laa bukak kat serdang, dekat skit nak pi
ReplyDelete