Prrffttt.
Sejak bila Daddy jadi PM , Mummy jadi bini kepada si PM pun tak tahu. Jiwa kacau tak pasal - pasal. Jenuh sungguhla nak bercakap dengan mak pak cheq sendiri. Sesungguhnya memang sibuk kalah PM.
Tak menahan , adik & kakak pun 2X5 busy. Tak tahu pula ada darah keturunan anak - anak VIP.
Risau dik non. Menyirap tak terteguk air sirap.
Brader Bangla pinjam henpon gua amikkan gambar mak pak gua der, not bad.
Menanti Whatsapp dari tercinta berbin-dan-bintikan golongan VIP ni memang boleh buat rasa nak clash setiap saat. Tapi sekali masuk je mesej , xde nya nak direply. Terus CALL. Sebelum bermadah kasih , memamg kena berdas tembakan dengan pakej bebelan.
"Ada hp mahal2 , call xreti nak jawab. Xreti nak caj. Bek pi toq buang kt jambatan dalam laut ". - ayat standard bila xdapat minum air sirap.
Part paling tak faham , yang di sini telefon yang di sana tapi di sana kata "cepat cakap nanti bil banyak". Hakikatnya , tak pernah pula minta tolong bayarkan bil fon. Kecelaruan sungguh dan satu rumah gelak.
Apa "satu rumah"? Yang ni lagi pening kepala , raplah. Mentang - mentang henpon mahal, boleh loudspeaker kononnya, semua rindu betul nak dengar suara.
Yang ni part paling kelakar , sebab semua berebut nak cakap. Ko ghase? Nak je letak henpon jejauh sambil kunyah cikedis sebab harem apa pun tak berjaya sampai corong cuping telinga. Alkisahnya , depa sembang pakat gaduh sesama kat dalam rumah berbumbungkan satu.
Best part , bila Mummy nak cakap , Daddy kat sebelah nak nyanyikan lagu. Tertiba abang gelak , kakak mencelah. Adik je tak ada sebab pulun OT , kerja dan kerja. Ntah dia ingat lagi tak, ada kakak sorang sebatang kara jauh nun over the Penang Bridge.
Makanya , Daddy la cempian. Hero gua sejak azali sebab advance sang me birthday song. Nek cempian mestilah Mummy , siap tunggu tepat detik jam 12. Nyanyi sambil nangis , aduh berkaca juga gua yang sado berjiwa kental.
Thanks Daddy & Mummy also my sister and brothers. My best ever gift from Him for the rest of my life.
Xoxo ,
Sweet 17th & Forever 21.
7 comments:
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen