Misi Bantuan Banjir #kelabbloggerbenashaari di Kuala Lipis ,Pahang

3:19 PM Yanty Lee 3 Comments



Misi Bantuan Banjir | Alhamdulillah , misi bantuan banjir ke Kuala Lipis , Pahang selama 2 Hari 1 Malam bersama geng blogger ‪#‎kelabbloggerbenashaari‬ berakhir dengan jayanya. Terima kasih semua atas sumbangan dan kerahan tenaga bagi bantuan yang dihulurkan kepada mangsa - mangsa banjir. Tak dapat digambarkan perasaan ketika melihat keadaan rumah mangsa.

Agihan sumbangan

Mampu tengok , tak terkata sepatah pun


Kampung Aur Gading


Penduduk kampung ni meredah titi walaupun sedar akan bahaya dengan air arus sungai yang deras , semata - mata nak tengok keadaan rumah. Runtuh hati tapi mereka redha. Kambing biri - biri hampir 20 ekor mati , antara haiwan peliharaan hanya seekor kucing sahaja berjaya selamatkan diri ia sendiri di atas bumbung masjid. This is so amaze me.


Kampung Dura



Kampung Chegar Perah


Sepanjang kami di sana , bila nak makan dan tidur , masing - masing teringatkan mangsa - mangsa banjir ini. Terkenang , apa yang dijamah , tidur macam mana, segala terlintas tapi mampu doakan mereka tabah tuk lalui hari - hari mereka. In sha Allah.

Perjalanan 3 buah kereta semuanya dalam keadaan selamat dan baik. Walaupun terputus hubungan dengan yang lain atas sebab signal di kawasan kami berasa tidak baik. Syukur jugalah , ada ketika signal internet tiba - tiba ada. Insan terpilih je merasa , yang lain monyok je penuh dengan ke"jealous"an pada raut wajah. 

Hujan masih turun , harap mereka dah bersiap sedia andainya berhadapan dengan gelombang seterusnya.

3 comments:

  1. tahniah dan terima kasih.
    teruskan berbakti geng #kbba.

    ReplyDelete
  2. insan terpilih eaaa hehhe Alhamdulillahhh tq ty sudi datang...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen