The Sky One City Mall - A Taste Of Heaven

2:11 PM Yanty Lee 7 Comments

Pernah korang nak makan / lepak tapi tak tahu port mana yang best nak pergi? Dari asyik gi tempat yang sama je pun kekadang tu mesti nak juga tukar angin kan. 

Jom ke The Sky , One City Mall ! 

Kenapa? Tempat ni direkabentuk berkonsep urban yang mewujudkan suasana makan di atas bumbung di tengah bandar Subang Jaya. Dan merupakan sebuah tempat makanan yang terbesar di atas bumbung di Malaysia di mana terletak di tingkat 10 dari 16 tingkat pusat membeli belah One City. Restoran yang terdapat di sini juga ada menyediakan pelbagai masakan antarabangsa seperti Thai , Korea termasuk juga hidangan barat.


Antara hidangan yang menjadi signature dan suasana restoran yang berada di The Sky ;
  • Inaho Sushi ; Restoran Jepun – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam
Momiji Sashimi
Yakitori Moriawase

  • Master Room ; Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 3.00 pagi
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream

  • Khura Thai ; Masakan Thai – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Petite Nasi Lemak
Seafood Tom Yam
Prawn and Fish Cake Combo

  • The Voice ; Ruang istirehat dengan live band – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 3.00 pagi.
Wild Mint Temptation

  • de House ; Western  – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs
Spagetti Aglio é Olio Vongole ( Clam )

  • Hongdae-Mun Masakan Korea – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 1.00 pagi.
Korean Fried Chicken
 Charcoal Barbeque Lamb

23 Jan 2015 baru ni dilancarkan perasmian pembukaan The Sky secara besar - besaran dan lebih kurang 1000 tetamu diundang bagi memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari artis dari Henley Hii, Baki Zainal, Dina Nadzir, Shawn Lee dan international illusionist , Zlwin Chew.

Pelancaran dirasmikan
Persembahan  bertenaga dari Xu Liang Yu
Penutup yang gempak dari Dina Nadzir

Memang happening  dekat The Sky ni , jadi lepas ni boleh cuba ubah angin korang tu ke sini pula. Ty yang dari Putrajaya pun tak ada la rasa jauh mana. Memang patut pergi.

Maklumat lebih lanjut : The Sky

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen