Review Filem : Pontianak Menangis

Wednesday, September 30, 2015



Pontianak Menangis | Filem terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam dibintangi pelakon-pelakon gabungan Malaysia-Indonesia. Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.

Filem seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 1 Oktober 2015 (Khamis) . Filem ini adalah sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat di sebuah desa yang bersatu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Sinopsis filem Pontianak Menangis
Sebuah kisah di sebuah kampung yang huru-hara diganggu Pontianak. Bukan itu saja malah kampung tersebut selalu berlaku kes kecurian dan pecah rumah. Kejadian-kejadian ini menyebabkan penduduk kampung berasa tidak selamat dan takut untuk keluar pada waktu malam. 

Oleh kerana tidak tahan dengan ketakutan ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk mencari orang yang boleh menghalau pontianak dari kampung tu. 

Salah seorang daripada penduduk kampung, Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan kononnya dia kenal dengan seseorang dari Tanah Jawa bergelar Raja Paku, yang mampu mengusir pontianak dari kampung mereka. 

Akan tetapi, Din Kelentong memang kaki kelentong, Raja Paku tak wujud pun. Sudahnya orang kampung dah bagi tanggungjawab kat Din Kelentong suruh cari Raja Paku. Din mendapat idea untuk berpakat ngan kawan lama dia, Mat  Yeh (yassin) untuk menyamar menjadi Raja Paku. 

Alangkah lucunya bila timbul perasan cinta , bila si Raja Paku telah jatuh cinta dengan Pontianak! Setelah meluahkan perasan kepada pontianak , baru lah terbongkar al kisah sebenar yang telah berlaku ke atas Azura si Pontianak yang mencari anaknya setelah hilang akibat rumahnya diceroboh 5 tahun lalu. Dia juga diperkosa sehingga jatuh sakit. Menangis si Pontianak menceritakan kisah hidupnya. Sebalik itu , Pontianak juga telah membongkar segala kegiatan jahat yang dilakukan oleh Pak Arab (Ilya Senario) yang menyamar datang dari Mesir.


Barisan pelakon tanah air dan Indonesia ; Soya, Hamdan Senario, Yassin Senario, Ilya Senario, Wan Walla, Sathia, Rahim Sepahtu, Joey, Watie Elite, Bella (Indonesia) Sally (Indonesia) dan Sayuti (Indonesia) .

Filem ini memang lawak habis tapi memandangkan filem pertama , mungkin akan datang boleh lagi memantapkan lagi. Korang yang memang serabut bersirat - sirat kepala hotak tu boleh la dapatkan tiket wayang u olls di pawangan mulai 1 Oktober .

Layan owh dengan muzik terapi dengan hanya menggunakan gergaji oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam.

9 comments

  1. kannn... suke dgr muzik terapi tu...

    ReplyDelete
  2. hehe.. untung la mat yeh dapat dating di sungai..

    ReplyDelete
  3. kalau ada pelawak2 berlakon
    mesti xseram..byk lawak kut haha

    ReplyDelete
  4. syahdunya gesekan gergaji, boleh membuatkan penontonn menangis teresak bersama pontianak ? ..jom la tonton

    ReplyDelete
  5. cerita lawak komedi ea.. bunyi macam best je.. tp takut bab2 cita hantu ni.. hahaha.. lama tak tgk diorg tu berlakon..

    ReplyDelete
  6. ehehehe seram komedi tapi mesti ada gak part trkejut2 kan..
    den lomah part tu la eheh..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.