Kerja Sampai Mati Tak Habis

8:24 PM Yanty Lee 11 Comments



Ungkapan yang sering kita semua dengar atau katakan , "Kerja sampai mati pun tak habis" memang kenyataan yang benar , bila mati yang si mati ada pula si pengganti yang menggantikan tugasan yang ditugaskan. Tetapi selagi bernafas dan mampu kerah tenaga untuk bekerja , apatahlagi menyiapkan tugasan yang diberikan memang antara mampu ataupun tidak , bersedia dari fizikal dan mental untuk berdepan dengan situasi yang mungkin berlaku di luar jangkaan.

Keadaan meja kerja merangkap nama manjanya - "partition" , semakin hari semakin bersepah. Tapi sebelum balik memang kemaskan , andai sekali imbas tengok maka akan terdetik , "Tak de kerja ke dia ni?" . Jawapan kepada persoalan itu - "Waklu!".

Kalau meja dah bersepah , emel pula tiap - tiap hari ada ja "kerjaan"nya. 

Bila masuk saja pejabat , terus hadap PC dan kerja memang kecendurangan untuk hilang selera makan dan mood pagi mula merosot peratusannya. Silap haribulan ada yang kena herdik. Bukan terlalu komited dengan kerja sampai lupa makan atau sebagainya tapi setiap saat itu memang umpama emas tak dapat nak lekang punggung dari kerusi dan jari - jemari dari papan kekunci dan tetikus. Gelabah dan tertekan juga panik bila semuanya mahu dengan segera

Ya Ampun , Allah SWT tak jadikan semua umatNya sempurna tetapi bersyukur kerana adanya kedua - dua belah tangan, makanya bukan la punyai lebih dari itu untuk tampung tugasan semua.

Syukur Alhamdulillah , di saat terlalu "mengejarkan dunia" dan "lupakan diri sendiri seketika" , ada insan - insan tersayang yang senantiasa ingatkan tentang makan dan minum juga keselamatan diri walaupun bukan ada di sisi. Bukan niat nak menyusahkan sesiapa tapi demi kebajikan negara semuanya kerana rela secara terpaksa . 

Terima kasih , [you know who you are] !

Alhamdulillah , blurpppp {macam kenyang sangat} sibuk macam mana pun makan tetap kena makan. Ada juga yang sentiasa ingatkan suruh makan , belikan makan, hantarkan makan. Sweet sangat , tambah pula tengah malam semalam dapat merasa kek cokelat sedap nak arwah sempena hari jadi +Faizal Fredley . Thank you , ALLAH 'cause there is still peps out there who cares of me while I don't even have time for myself.

Esok pergi bercuti tapi baju apa pun tak kemas lagi , waktu macam ni masih di opis bila agaknya nak packing and get enough rest ni? 

11 comments:

  1. Selamat bercuti ye..jaga diri..jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  2. makan banyak kak yanty.. baru sihat :)

    ReplyDelete
  3. wuwuwu sama lah kalau kerja berlambak sampai nak makan pun tak sempat. selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  4. pagi2 terus beli makanan dan makan.. pastu baru buat kerja.. tu dkna wat setiap pagi. kalau terus buka fail, memang tak makan ;a jawabnya..

    ReplyDelete
  5. kerja kerja kerja....selagi belum tutup mata kerja kerja kerja....ada masa kena ambil take 5 rehatkan minda sikit. kita bukan robot

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti Ty..meja kita lebih kurang bersepah..bak kata colleague akak, kalu meja kemas means xda kerja..hahaha

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah.. nikmat yg paling tak terhingga bila kita sibuk dgn kerja ada yg masih igt tntang diri ni.. betapa terharunya kan kak ty..:')

    ReplyDelete
  8. kerjalah kita sekuatnya hehe

    ReplyDelete
  9. tudia...meja depa...mmg bz sungguh2 ni

    ReplyDelete
  10. tabahlah Ty.. kerja memang cemtu..
    janji jgn stress2 sngt.. kena happy2 jugak..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen