KAIO Studio

Tuesday, September 22, 2015


KAIO Studio | Pernah dengar tentang hasil kerja yang mantop dari photographer dan videographer mereka? Sebelum tu , meh kenali siapa sebenarnya KAIO yang telah berkobelirasi dengan Kelab Blogger Ben Ashaari buat kali ke-2 semasa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari baru - baru ini di Hulu Langat. 


Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media! , I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari seperti yang Ty katakan di awal.

~ Video semasa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari & Buffet Ramadhan di PICC ~
Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. 


Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.


Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 


Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady.


Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
(Anuar Zain in Paris KLIK )
(Lumiere Fashion Show VIP KLIK )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt KLIK)

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.


Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.


Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer  baru-baru ini.

Maklumat lanjut tentang KAIO Studio boleh terjah di ;

Ikuti perkembangan Anwar Abdullah dan Kaio secara personal di blog; www.kaio.my  atau Instagram; www.instagram.com/kaio_my .

Memang tak rugi la kalau guna khidmat mereka , puas hati gila! Cantik dan curlas kan ? Kalau nak tunang / kahwin / sebarang event boleh lah u olls dapatkan perkhidmatan dari KAIO Studio nanti. 

6 comments

  1. Ty... hang bley book kaio siap2... #ehhh... ha ha ha... kak melawak jer na... tapi memang hasil kerja kaio berkualiti, akak suka...

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan cik puan Farah.. Early book la.. hehe..

    ReplyDelete
  3. mantop mantop.. macam mana nak sebut KAIO tu.. (kaiyooo) ke ? ehehe..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.