Gila Kerja Atau Terpaksa Di Hari Minggu?

1:50 PM Yanty Lee 4 Comments

Nak meja lagi besar boleh tak bos , tak muat dah ni!

Bak kata Kak +Farah Waheda Wahid seperti di-review-nya dekat IG pagi2 tadi , Ty ni "gila kerja". Ohoiii , bukan gila la u olls oii apatahlagi komited dengan kerja ye. Sebenarnya bulan Mac (3) ni memang bulan yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja hakiki , kerja luar pejabat dan bulan ni juga la ada hari - hari penting dalam hidup. Alhamdulillah , ada juga event2 blog dan In Sha Allah bakal bagi berita gembira buat geng #kelabbloggerbenashaari selepas "meeting" dengan client.

Okay , bajet menteri je bz nya . *mampuih ko ler nak kate hape*

Pernah tak mandi ke makan ke nak tidur ke bangun dari tidur ke , dengan tak sengaja "ter"fikir pasal kerja? Demmit , selagi tak siap kerja tak tenteram hokayh , tambah pula ada agenda nak langsaikan jadi kena lah "struggle" juga habis - habisan kerja. Satu perangai gua , tak suka dump kerja kat orang. Apatahlagi nak peram.

Pasni bukan gila kerja lagi dah tapi kerja gila kot istilahnya yang sesuai. Sebab kerja hakiki dari handle 5 negara bakal jadi 9 negara. Walawei , natang transformer pun boleh jem , ni kan gua manusia biasa yang "caj bateri" pun sekadar tidur di malam hari bersama BB tercayunk. Tanggung kerja kekdahnya u olls! 

Alahai la nasib , bila tak ada kerja sampai lapang meja tapi masa bertimbun kerjanya ruang pun tak cukup.

4 comments:

  1. Tak suka kerja di hujung minggu.. Hujung minggu utk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. kalau saya lebih kpd terpaksa huhuhu

    ReplyDelete
  3. pulun la selagi daya,kot tak reti rehat biar tersungkur kat lif opis huhhh keje pun kesihatan kena jaga...dah sakit keje banyak2 tu tak datang tolong picit..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen