Bawa Goldie Ke Bengkel Kereta

3:21 PM Yanty Lee 1 Comments

Berzaman tak cuci ka oi,  Si Budu & Si Tempe?!

Henpon buat hal tapi janji tetap janji. Dah janji nak bawakan kereta Abang Ed Dy sekali dengan kereta Kak Sue Izza gi bengkel. Kereta abang Ed Dy nama dia Goldie merangkap abang kepada Mr Reddy si kereta Ty. Cumanya Goldie ni manual.

Tuan kereta gi kerja, tunang dan adik la kena berkorbankan masa cuti hujung minggu bikin kereta. Kelakarnya bila baca senarai panjang apa nak sampaikan si pomen kena buat.

Redha la abg pomen baca

Macam biasa, Kak Sue kalau dah bawa kereta di depan, tak dan aku habaq meter minyak, temperature, segala tak nyala. Blinking je masa dengan mileage. Recall lik apa tertulis, ada pasal bateri. Call Kak Sue dah tak jawab, mampu fikir positif yang kereta ok dan bukan bateri nak kong.

Bila berhenti isi minyak baru semua menyala dengan ok. Main chak - chak ye. Goldie siap malam jadinya merayau ukur jalan dengan Kak Sue. Sementara tunggu malam, sesi lepak terbongkang kat umah gua la jawabnya.

Sekali lagi, minggu ni jadi girls day out. Bila Kak Fiza dan Uzu pun join terbongkang di rumah tanpa sebab. Masing - masing tapau makan malam di [email protected] je dan sama - sama menternak lemak di rumah.

Sebabkan gua kerja rini, tak bermalam la dierorang semalam.

1 comment:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen