Cemas - Reboot Samsung Note

12:20 AM Yanty Lee 3 Comments


Gelabah bangun dari tido pagi tadi bila Samsung Note 1 sunyi sedu. Cemas tak terkata bila semua applikasi jadi error. Uninstall laju je boleh tapi nak install semula asyik pop up kata tak ada space. 

Sakit hati aih. Bangun mandi sebab dah janji dengan Kak Sue nak ke bengkel kereta tapi dalam kepala hotak ligat pikir camna nak buat. Sampai terfikir kena gi beli henpon baru sebelum kerja luar pejabat. Sanggup tak nak bagi nombor lain yang ada dulu kalau terdesak nak berWhatsapp grouping kerja pejabat nya urusan. Perangai sangat kan?

Apapun itu hak Ty. Kerja pejabat dan dunia luar perkara yang berbeza.

Sampai je bengkel , masih dalam kereta abang Eddy dan mekanik tengokkan kereta Kak Sue dulu. Oh ya , gua lejan Mr.Goldie si abang kepada Mr.Reddy. Nanti Ty cerita pasal Mr.Goldie pun ada juga insiden mencemaskan tapi henpon lagi cuak sebab barang sendiri. Dari mula bikin sampai selesai mekanik kerjakan kereta Kak Sue , Alhamdulillah demi usaha dan pertolongan dari pencarian di internet dan Youtube, i manage to do it by my own! Wheee.



Bila kekdahnya di reboot,  semua applikasi pun dah tak ada. Berdebar nak install semula takut kononnya buat hal lagi. Tapi Whatsapp applikasi yang pertama Ty install. Syukuran, boleh pun. Yang lain - lain macam Facebook, Instagram semuanya dah ada di HTC jadinya tak de pe nak install sangat. Kecuali game Candy Crush walhal dah tak terlayan nak main.

Selamat RM, tidak merasa dah henpon baru. Eh. Harap tak buat hal lagi.

3 comments:

  1. ida download clena master...hbs dibuang junk files baru boleh update whatsapp atau install bnda lain

    ReplyDelete
  2. Kakfiza rasa nak kene reset balik jugak lah htc kakfiza, slow, hang.huuuhh

    ReplyDelete
  3. kakty, xyah reboot pun xpe. actually akak pegi settings then clear cache whatsapp, playstore, google n semua apps yang berat je. :) sbb cache la hp kita jadi berat

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen