Roti Bakar Bangkok Lane

Monday, March 24, 2014

Salam u olls ,

Monday Blues lagi ke tu? Takmo Takmo. Set mind untuk hari esok pula ye u olls.

Breakfast - Sarapan Pagi salah satu waktu makan yang perlu diambil oleh semua orang di waktu pagi sebelum memulakan hari dengan mengalas perut.

Roti Bakar dan Telur Setengah Masak

Roti Bakar Bangkok Lane , Penang memang sangat lain daripada roti - roti bakar yang selalu ada di kedai makan atau restoran. Kelainan yang Ty maksudkan adalah dengan cara penyediaan roti bakar di mana ia dibakar terus dengan arang. Roti yang dibakar dipanggil roti benggali atau roti kepala keras. Setelah siap dibakar, roti disapu dengan mentega

Selain itu , 2 biji telur setengah masak atau separuh masak juga menjadi pilihan sarapan pagi bagi orang ramai yang datang ke gerai di tepi lorong. Walaupun gerai makan hanya di tepi lorong , pelanggan tak putus yang datang. Bersilih ganti.

Bangkok Lane



Unik bukan? Sangat rare dan jarang ada nak jumpa. Sambil masak air panas untuk bancuh air , roti di bakar di bawah. Gerai ni bersih dan selesa untuk bersantai sambil menikmati sarapan pagi. 

Berbilang kaum dan generasi dari faktor umur adalah pelanggan yang datang. Suasana tang sangat relax walaupun jalan di Penang mana pernah lenggang kalau waktu pagi. Tapi kesibukkan lalu lintas tak menjadi halangan pada pelanggan macam Ty untuk singgah sekejap untuk makan pagi di situ.

Nanti balik Putrajaya , mampu telan air liur ja la nampaknya. Alahai nasib badan.

2 comments

  1. Assalamualaikum TY, wahh bestnya. Penang tak pernah masuk lagi. hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam Sheila! Best sebab sedap!!! mai la Penang!

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.