MH370 Berakhir di Selatan Lautan Hindi

11:20 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Seluruh rakyat Malaysia dan di serata dunia telah pun menerima makluman terkini mengenai MH370 daripada Datuk Seri Najib Razak menerusi satu sidang media khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean" - Datuk Seri Najib Razak

17 hari telah berlalu dan berlaku kejadian yang tragis ini , seluruh dunia menantikan jawapan ke mana hilangnya pesawat MH370. Sayu dan sebak juga terkaku mendapat berita yang telah diumumkan. Selanjutnya dengan berita berkaitan akan diulaskan pada keesokkan hari.

Yakin , seluruh dunia menunggu dengan penuh debaran di samping sedikit harapan.

Sama-samalah kita di muka bumi Allah SWT mendoakan kepada mereka juga anggota penyelamat untuk teruskan mendapat jawapan sebenarnya ke atas apa yang telah berlaku di mana pesawat MH370 telah membuat pusingan patah balik.

Debaran menunggu di sini , yang memikulnya lagi terasa segala bebanannya.

Teruskanlah berdoakan agar apa pun berita yang bakal diterima mendapat bersama dengan perkhabaran yang sahih. In sha Allah. Amin. Sedekahlah Al Fatihah pada mereka , semoga Allah senantiasa berada bersama mereka.

Allahuakbar , Ty tak dapat bayangkan keadaan mereka waktu kejadian. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan misi percarian MH370.

Keep Praying , World.

2 comments:

  1. Replies
    1. Sedih. Tak terasa mereka semua dah tiada seumpama yakin sahaja mereka selamat tapi apa kan daya...

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen