Punca Air Minuman Spritzer Bukan Dari Jerat Cina

2:41 PM Yanty Lee 16 Comments

Salam u olls ,


Baru ni Ty dan para sahabat blogger yang lain berkesempatan untuk ke kilang air minuman SPRITZER yang berlokasi di Jalan Air Kuning , Taiping. Tujuan kami satu bus pergi ke sana adalah untuk mengetahui dan tengok dengan sendiri dari cara pemprosesan juga penyediaan air mineral yang ada dihasilkan. Sekaligus merungkai beberapa tanggapan negatif mengenai isu yang panas suatu ketika di laman web social Facebook.

Blogger dan gambar tak dapat dipisahkan.

Alhamdulillah , sepanjang perjalanan dari Damansara ke Taiping kami bukan sahaja dibekalkan dengan sarapan pagi yang ringan tetapi peraduan kuiz yang memringankan punggong masing - masing bila antara soalan yang diberikan memerlukan pergerakkan. Ice - breaking dalam bus , imagine sat u olls. Disebabkan soalan kuiz , rata - rata blogger ada yang sanggup bercengkang mata hanya semata - mata nak kira setiap perhentian / RnR juga susur keluar dari lokasi bertolak ke destinasi yang dituju mengikut turutan. Dahsyat! Gigih u olls.

Flemington Hotel
Antara salah satu JAWAPAN untuk soalan yang ada dan menjadi tanda tanya pada semua sebelum  dapat serahrkan kertas jawapan yang lengkap. Ke sini untuk  singgah isi perut tong drum masing - masing dulu.



Turun ja dari bas , kami disambut oleh pekerja - pekerja yang sangat welcoming. Sebelum sesi perkenalan mengenai kilang bermula ,  kami berkesempatan untuk meneguk air yang telah sedia ada di ruang ala - ala bartender gitu. Sangat cool. Yeah , memasing basahkan rekak denfan air mineral dan air minuman berkarbonat etc.

Kafe SPRITZER


Ilyana bin Adnan , QA Executive yang memberi penerangan sepanjang lawatan.

Tahu tak?
- Keluasan kilang SPRITZER kira - kira 330 ekar
- Sumber dan punca air mjneral yang diperolehi datangnya dari 400 kaki dari bawah tanah
- Jenama SPRITZER telah mendapat pelbagai jenis anugerah dan sijil yang diiktiraf {KLIK} untuk senarai yang telah dicapai oleh Spritzer.



Jerat Cina ?
Khabar angin dan taburan fitnah segelintir masyarakat yang bualan hangat adalah TIDAK BENAR mengenai sumber dan punca air jenama SPRTIZER. Di mana kononnya datang dari JERAT CINA. Untuk pengetahuan umum  , laluan antara jaraknya agak jauh sama sekali dari lokasi kilang dan lokasi jerat tersebut.  Masih tak percaya , tak mengapa. Jalan terbaik mungkin sebaik - baiknya u olls sendiri ke sana.

Air Kuning ?
Isu juga. Tidak sihat katanya u olls , Nama tempat lokasi baru kilang sebesar 33 padang bola sepak ni yang beroperasi di Jalan Air Kuning. Bukan air kuning diproseskan menjadi jernih untuk tegukan kita bersama ye.


Kenapa air mineral SPRITZER baik untuk diminum ?
Kerana air yang diproses telah ditapis berperingkat juga kaya dengan mineral terutamanya terdiri daripada Asid Orthosilicic (OSA).



OSA bukan sebarang asid tetapi kaya dengan mineral semula hadi yang boleh membantu daripada mencegah penyakit Alzheimer dengan membuang aluminium yang ada pada tubuh badan manusia. Selain itu boleh mencantikkan rambut , kulit dan kuku secara tidak langsung.



Ini merupakan kawasan punca air dari bawah tanah. Dan ia terletak hanya di sekitar kilang sahaja.

U olls , SPRITZER bukan sahaja mengeluarkan air mineral sahaja untuk dipasarkan di pasaran.  Antara produk - produk lain seperti dalam gambaran ni. Mesti pernah tengok danengar ataupun pernah minum tapi tak tahu yang air berkarbonat dan berperisa seperti POP , TINGE adalah produk dari SPRITZER? Satu - satunya air kegemaran Ty ketika bersukan juga ketika menonton wayang , semestinya +Fibre.


Antara produk - produk dari jenama SPRITZER


Jadi sekarang , terpulang la pada u olls untuk mengandaikan spekulasi sebelum ini dengan kebenaran yang telah dibongkar. Bagi Ty , tak ada apa untuk diragukan. 

Berakhirlah pengembaran sehari di kilang Spritzer , kami pun terus berangkat pulang ke KL tapi semua peserta tak balik dengan tangan kosong , untuk tahu siapa yang bertuah memenangi hadiah untuk kuiz dan gambar yang di post pada Instagram boleh skodeng di #spritzerbloggertrip .

Go Nature ,  Go Spritzer !
Jom minum air Spritzer untuk kesihatan badan kita bersama. In sha Allah mudah - mudahan dengan izinNya.


16 comments:

  1. spritzer mahal tapi sedap ada antara air mineral lain memang murah tapi raa pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kalau brand lain memang rasa agak pelik, Ty pun xberapa suka.

      Delete
  2. terungkai sudah kebenaran yang selama ini tersirat.Spritzer selamat di minum....terbaik la blogger yang dapat melawat ke kilang spritzer ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;-) harapan tak ada lagi crita xsahih dan boleh jatuh rasa was2

      Delete
  3. tahniah buat semua blogger yang ke sana...korang memang the best..

    ReplyDelete
  4. kualiti spritzer memang terbaik. Tapi ntah kenapa orang banyak pertikaikan. kalo dari sumber yang tak sepatutnya, takkan la dapat sijil HACCP semua bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Biasalah manusia dengan PHD sesama manusia.

      Delete
  5. ena suka air spritzerrrrr! hehehe apapun, bestnyaaa dapat pergi ke kilang spritzer nim.. dah la dekat dengan kampung ena.. huaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty pun. Rezeki. ..org perak ye kan... Nnt pi la

      Delete
  6. nak jugak air spritzer.. segar!!! dan macam-macam produk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla orang tu... nanti minum air dari dispenser je r kan..

      Delete
  7. Replies
    1. Normal la manusia ni , mbuat andai memang laju je

      Delete
  8. alhamdulilah kebenaran dah terungkai. mcm2 dengar orang buat cerita. skang pasal rojak mak bee pulak. kot la nt ada lawatan merungkai jugak kan? ihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukuran. Akhirnya semua terhurai dengan jelas. Biasalah , jatuh haram kalau kita dah was - was jadi jangan dok percaya sangat cerita yang tak sahih ni. lawatan ke Mak Bee? Tunggu Mak Bee jemput. Ahaks.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen