Tip Memasak

10:54 AM Yanty Lee 7 Comments


Salam U olls  , Ty just nak kongsi tip - tip memasak .. let's check it out , babeh!


Petua Menggoreng
- Perlahankan api setelah minyak benar - benar panas. Goreng makanan sedikit demi sedikit agar kepanasan minyak terpelihara dan hasil gorengan menjadi sempurna.

Mengekalkan Vitamin
- Tutup periuk atau kuali ketika memasak dan jangan tos makanan ketika ia masih panas. Cara ini dapat mengelakkan udara daripada masuk ke makanan lalu memusnahkan vitamin.

Mengawal Suhu Peti Sejuk
- Pastikan suhu berada di bawah 5°C. Jika peti sejuk agak penuh , kurangkan 1°C lagi selama 24 jam bagi mengekalkan kesejukan yang dikehendaki.

Menyimpan Makanan Laut
- Jangan keluarkan makanan laut , mentah atau sudah masak , dari penyejuk beku. Apabila perlu, biarkan ia dinyahsejuk beku di dalam peti sejuk sekurang -kurangnyasehari atau rendam di dalam bekas plastik dan lalukan air sejuk di atasnya sehingga cair.

Mengurangkan Bau Hanyir Ikan
- Menyapu ikan fengan perahan limau nipis atau jus asam jawa boleh mengurangkan bau hanyir ikan. Tapi ingat yer , bersihkanlah terlebih dahulu ikan tersebut sebelum memasaknya.

Melegakan Rasa Pedih Cili
- Jika anda bercadang untuk memotong atau menghiris cili tanpa menggunakan sarung tangan , rasa pedih akibat cili boleh dilegakan dengan menyapu cuka di atas telapak tangan.

Rahsia Bawang Putih
- Memakan bawang putih dapat melegakan batuk , selesma , lelah , dan demam alahan. Ia mampu melancarkan peraliran darah , mengawal tekanan darah tinggi serta merawat sistitis.
Sistitis ditakrifkan sebagai keradangan pundi kencing. Urethritis merupakan keradangan uretra, yang merupakan laluan yang menghubungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh. Kadang-kadang sistitis dan urethritis dirujuk secara kolektif sebagai jangkitan saluran kencing yang lebih rendah, atau UTI. Jangkitan saluran kencing bahagian atas melibatkan penyebaran bakteria ke buah pinggang dan dipanggil pielonefritis.
Cara Memotong Daging
- Rendamkan pisau yang akan digunakan ke dalam air panas sebelum memotong atau menghiris daging.

Membersihkan Tumpahan Minyak  
- Bentangkan beberapa helai suratkhabar dan biarkan ia menyerap tumpahan minyak. Kemudian , alihkan surat khabar dan cuci tempat berkenaan menggunakan kain buruk dan air sabun.

Ty sekadar berkongsi apa yang Ty baca , selamat mencuba dan mengamalkan tip - tip ini. Betul ke tak boleh refer pada yang pakar macam mak - mak kita kan ? Tak pun si Mat Gebu si otai dengan memasak pelbagai resepi hidangan masakan.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen