Ingat ALLAH s.w.t. sebelum mengumpat

Thursday, April 5, 2012

Assalamualaikum Uolls ,

Mengumpat  , mengutuk dan sebagainya bukan amalan orang Islam yang mahu menaikkan nama baik umatnya. Patutnya bersatu hati dan membentuk Islam yang mulia di mata masyarakat. Bukannya hidup berpuak - puak dan menghina seseorang yang hanya cuma mengenalinya dari nama nya dan tidak pernah mengenalinya lebih mendalam. Menilai dan mengkritik yang tidak baik , diri tu dah cukup sempurna kah? Beringat dahulu sebelum cuba berbuat yang di larang maka cerminlah diri sendiri terlebih dahulu.



Setelah mengenali beberapa orang di sekeliling , kini baru tersedar kenapa mereka berbuat demikian. Yang pasti inilah jawapannya  , sememangnya tidak pernah ambil tahu malah peduli pun tentang kehidupan mereka.
" Saat orang bicara buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka , itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka. " 

Kenapa perlu  ada segelintir masyarakat terutama penganut ISLAM yang berminat untuk menjadi ala -ala gossipgirl ?

::::: Ajal tak menunggu masa dan mengira usia , kubur melambai memanggil kita dari jauh. Jangan OVER ACTING sangat nak sakan bersuka ria mengumpat , mengutuk , mengkritik , menilai sesiapa pun :::::

- | Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
 RENUNGAN BERSAMA U Olls , 
Engkau ! 
Tak takut ke dok asyik - asyik - asyik menfitnah dan mengumpat tu..?
Hebat sangat ke Engkau di muka bumi yang dipinjamkan sementara sahaja ni?

5 comments

  1. Tapi kita orang perempuan ni, bila dah duduk ramai-ramai mesti ada je nampak tak kena dengan orang and nak mengata kan.

    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. hai...feel free to drop by at my blog n join too thanks=) http://nuchaconner.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. nyna amani: Memang , itu la yang terjadi di sekeliling tak kira usia yang tua pun lagi berapi batu nya menyucuk2 dan suka melihat yang muda mudi berlaga2.. Sebab itu la harus pandai memilih kawan yang tak bawa kita ke arah kemungkaran.

    ReplyDelete
  4. Nucha Yayunk: Hye there! Thank U for dropping by =) Keep in touch!

    ReplyDelete
  5. mmm....hrp2 tk jd seorg pengumpat

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.