Mesir 0h Egypt

Friday, March 11, 2011

fuhhhhhhh..... baru boleh hembus sedikit nafas lega setelah penat bekerja pagi , siang dan malam

Sebelum balik ke Penang untuk tengok Daddy & semua , memang dah tak sedap hati sebab keadaan di Mesir dah mula menjadi - jadi dengan rusuhan di sana - sini. Dapat call bertubi - tubi dari parent students yang menanyakan keadaan , tindakan dll. Tapi cuti dah apply & Daddy sakit so mana penting?

Tindakan kerajaan & penaja?
- Pelajar di bawa balik ke Malaysia oleh air craft TUDM / MAS Airlines / Air Asia etc.

Lepas balik dari Penang , operasi menelefon semua pelajar - pelajar tajaan mula beroperasi dengan memaklumkan penaja (JPA) akan mengadakan satu kursus motivasi sebelum pelajar berangkat ke sana semula.
Berbuih mulut bercakap dan berceloteh. Terpaksa stayback sampai malam untuk terus telefon untuk pemakluman tersebut.Kursus dah selesai , telefon lagi pelajar - pelajar yang tidak terlibat dengan kursus untuk maklumkan keterangan penerbangan pada 9hb & 10hb.


Di samping itu, sibuk menghulurkan tangan untuk mengasingkan dan menyusun passport sebelum di bawa ke airport untuk buatkan boarding pass dan berjaga malam lah seunit di KLIA untuk penghantaran pelajar-pelajar ke Mesir pada malam 8hb semua kaki & tangan telah bertungku lumus memberi kerjasama untuk menguruskan  hampir 4xx orang pelajar. Huh! - itu ja mampu berkata. Dari 10malam di KLIA hinggalah setiba di rumah hampir 4 pagi. Dan masuk kerja sebelum tamat waktu rehat dan bersiap untuk penerbangan terakhir,dan alhamdulillah bilangan separuh dari semalam dan perjalanan kerja sangat sistematik dan teratur pada malam ini. Walaupun penerbangan delay tetapi kami pulang ke rumah sesudah selesai taklimat ringkas & perlepasan pelajar di balai perlepasan.Sampai di rumah hampir 3 lebih (pagi).


Ke pejabat , dan hari ini ada taklimat pra-penerbangan Program Jepun tapi sayangnya tidak hulurkan bantuan atas majlis ini. Semangat datang berkobar -  kobar untuk selesaikan tugas hakiki yang semakin di-dump-kan bertimbun -  timbun di atas tray - in  yang hampir patah. Alhamdulillah , tepat 5 petang , semuanya selesai dan ketika sibuk workstation  agak tidak kemas , tertampal sudah sekeping nota kecing di PC yang tertulis ; "SILA AMALKAN 5S" , maka sebelum balik kemas sikit workstation. And it's time to go back to home sweet home..


Lepas baca entry singgah la ke ruang komen , dan seKLIK  juga, TQ.



Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.