Jepun !

Saturday, March 12, 2011

Hurm , penat kerja giler-giler hal Mesir pun belum habis dah nak tambah penat lain ker?

JEPUN?
Kenapa? - Gempa bumi & Tsunami !

Indonesia ? Jauhkan la! Penat dah kerja tolong orang . Indonesia & Russia minta dijauhkan dari bencana , desk aku ni aduhai...tak sanggup .. 
Tengah aku pulun siapkan database untuk 5S , tertiba deringan telefon pejabat berbunyi terus jawab. Panggilan dari Radio RTM  nak tahu pasal pelajar & keadaan di sana. Sebab terlalu sibuk TV & newspaper  confirm - confirm la aku tak tengok sekelibat pun.

Agak terkejut dengan panggilan tu dan terus paling muka ke Cik Ayu , spontan tanya "cik ayu , Jepun gempa bumi ke?".... Hanya anggukan je dibalasnya. Dan tanya siapa yang call je.

Hurm , kena sambung ke kerja penat lelah yang tak habis ni untuk hulurkan bantuan untuk operasi bilik gerakan JEPUN?

Sama - sama lah kita nantikan di panggil ke pejabat atau tidak weekend ni atau Isnin ni mungkin beroperasi pula.

Ini kerana keadaan di Sendai , Jepun sangat dahsyat sekali. 8.9 skala ricther dan ketinggian ombak besar tsunami lebih kurang 4 meter. (ada kata 6 meter , ada kata 10 meter...mane betoi ni...?)

 BBC News
Walaubagaimanapun , pejabat PPL Jepun melaporkan semuanya O-K-A-Y dan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Alhamdulillah . Mudah - mudahan semua rakyat Malaysia di Jepun akan selamat. Aminnnnnnnnnnn!


Lepas baca entry singgah la ke ruang komen , dan seKLIK  juga, TQ.



2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.