Sekolah Tahfiz Ilham RizQ (RIS) Bertaraf Antarabangsa

7:30 PM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls,

Dah nak hujung tahun, sekejap je masa pun datang dan pergi. Nak pula kita melangkah ke tahun baru nanti. Persiapan pun mungkin sudah ada, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak. Lebih kepada urusan kemasukkan ke sekolah.

Majoriti masyarakat kita beranggap sedikit negatif apabila disebut tentang sekolah "Tahfiz". Mind set yang lebih kecendurungan kepada terlalu Islamiah dengan suasana pengajaran di pondok dan serba serbi tidak berapa lengkap. Begitu juga dengan Ty yang membayangkan anak-anak murid berpakaian serba putih dari kepala berserban hingga la berjubah.


Tapi berlainan pula konsep di Sekolah Tahfiz Ilham RizQ Islamic School yang baru di buka di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Yang mana sebuah sekolah yang diberikan transformasi bernafas baru.

Silibus pembelajaran selain pembelajaran subjek-subjek Islam seperti hafazan dan hafalan Al-Quran juga disediakan kaedah pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga subjek yang diambil daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) seperti Tauhid, Fekah,  Akhlak,  Sirah,  Khat dan Imlak.




Dan keunikkan sesi pembelajaran di sini lebih kepada bermain sambil belajar. Yang mana dalam masa pelajar bermain mereka juga dapat mengenal, menghafal mengira secara tidak langsung dan mereka masih dipantau oleh tenaga pengajar.





Sekolah ini cuma mengehadkan hanya 20 orang pelajar bagi satu kelas ketika sesi pembelajaran dan bahasa pengantaraan adalah Bahasa Inggeris. Penggunaan iPad Apple di dalam kelas semasa pembelajaran yang mana pihak sekolah telahpun sediakan.


Untuk makluman, peperiksaan besar seperti UPSR dan PSRA boleh diduduki di Sekolah Tahfiz Ilham RizQ Islamic School begitu juga dengan calon luar kerana telah digezetkan sebagai tempat peperiksaan.

Gym

Locker pelajar

Padang

Ilmu Falak, Astronomi, Robotik juga diketengahkan sebagai pendedahan kepada pelajar. Pelajar juga diajar untuk lebih peka dengan persekitaran dengan laluan di seluruh sekolah dengan membezakan maksud warna yang diwarnakan pada lantai. Contohnya di kawasan tandas, lantai berwarna biru di mana pelajar tidak boleh berlari dan perlu berhati-hati.

Zon berwarna : Tandas

CCTV

Pihak sekolah juga sentiasa memastikan isu keselamatan seperti pemasangan CCTV bagi mengawal apa jua situasi yang tidak diingini berlaku. Pengawal pondok juga sentiasa mengawal masuk keluar yang ketat.

Kantin

Cafe

Ruang makan di kantin

Science Lab

Pihak sekolah ini tidak menyediakan asmara untuk pelajar. Lebih tertumpu kepada mereka yang berdekatan dengan sekitar kawasan Kajang. Sesi persekolahan adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari. Dan pihak ibu bapa boleh menghantar pelajar seawal 6.30 pagi dan menjemput selewat-lewatnya sebelum jam 6.00 petang.


Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak - anak di sini, boleh berbuat demikian yang akan mula beroperasi pada Januari 2017 nanti. Kepada 100 orang pertama, yuran pendaftaran sebanyak RM580/sebulan diberikan berbanding harga asal iaitu RM600/sebulan.

Sekiranya berminat dan inginkan maklumat lebih lanjut. Dapatkan info nya di ;

Website : www.rizq.edu.my
Telefon : +60389120447 / 0189611615

5 comments:

  1. Agak berpatutan juga yuran bulanan dia.

    ReplyDelete
  2. jika ikutseo boleh memberikan penilaian untuk aqiqah surabaya, kami memberikan penilaian terbaik untuk jasa aqiqah surabaya terbaik dan terlezat, kami memberi nilai jasa aqiqah online 1000 berkah yang berpusat di Surabaya menjadi aqiqah surabaya terbaik.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen