Chocolate Deluxe Whitening Facial di Celebriti Secret Spa

2:51 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,


Tampil cantik antara satu perkara yang sangat sinonim di kalangan golongan wanita terutamanya. Hakikatnya tidak semua wanita yang berkesempatan untuk membuat rawatan penjagaan kecantikan muka , badan dan sebagainya dengan sendiri. Terutamanya , yang bekerja macam Ty ni. Seriously memang tak ada masa sangat. 

Ty baru ni sibuk pindah opis dengan urusan itu ini. Sedar sendiri kulit makin kering siap mengelupas. Mana tak nya , dah kerja kat opis lebih dari 8 jam berair-con lepastu kat luar pula cuaca panas betul. Bila ada promosi dari kengkawan untuk buat facial treatement , terus grab.


Petang hujung minggu dari tak buat apa , Ty ke Celebriti Spa Studio di Shah Alam untuk dapatkan rawatan dan info tentang penjagaan kulit juga muka.

Sebelum rawatan dibuat , staf spa ni mengambil butiran terlebih dahulu dari segi cara penjagaan muka , pemakanan juga kondisi seluruh wajah dan kemudiannya mereka akan cadangkan rawatan apa yang bersesuaian untuk dibuatkan nanti.

Seperti Ty katakan , memang kulit muka Ty sedikit kering. Maka betul sudah jangkaan Ty dan staf spa pun cadangkan untuk lakukan rawatan 1st Trial Chocolate Deluxe Whitening Facial . Menariknya fungsi coklat bukan saja membantu melembabkan kulit tapi boleh mencerah kulit muka juga.


Relax sungguh semasa sesi facial ni , dengan bau coklat rasa nak makan pun ada. Wangi dan menenangkan. Banyak step juga dari sapu sapuan coklat , steam muka , urutan muka dan mata , membuang white head . Jangkaan masa sepanjang rawatan lebih kurang 2 jam.


Kelebihan Facial Whitening Coklat
1. Melembapkan kulit dalam masa 24 jam.
2. Kulit anda akan semakin Flawless
3. Membuatkan wajah gebu dan glowing walaupun tanpa make up.
4. Mengecutkan Jerawat
5. Mengurangkan Minyak pada kulit wajah
6. Parut akan semakin pudar
7. Pori-pori anda akan mengecil
8. Texture kulit akan semakin tegang
9. Diperkaya dengan vitamin-vitamin khas untuk keremajaan kulit anda.

Sangat puas hati. Rasa light dan bersih muka. Walaupun memang kulit tak cerah , tapi nampak lebih berseri lepas dapatkan rawatan ni. Bagi yang nak cuba juga , tengah ada promosi tersangatlah murah. Dengan harga RM68/seorang atau RM120/2 orang boleh dapatkan Facial Whitening Coklat. Selain rawatan facial , ada lain - lain promosi dan rawatan di spa ni. Antaranya ;


Untuk maklumat lanjut tentang rawatan dan promosi terkini , boleh dapatkan di ;
Instagram : @spa_best_murah
Alamat : Celebriti Spa Studio, Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 60 3-5519 4159


2 comments:

  1. dah lama tak berfacial muka ni ha..macm best je coklat2 ni

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen