Jorge Lorenzo bersama CEO ; Dato' TP Chin & Board of Director SEND
Ty ada kongsi dengan u olls pasal SEND pada entri sebelum ni , yang mana tak tahu boleh baca di sini .
Secara ringkasnya , SEND adalah sebuah platform penghantaran yang dalam permintaan masa kini telahpun dilancarkan secara rasmi serta telah mengumumkan Jorge Lorenzo ; Juara Dunia MotoGP 3 kali itu sebagai rakan kongsi perniagaan bersama sekaligus merupakan Duta SEND.
Platform penghantaran ini diasaskan selepas mengenal pasti dengan trend gaya hidup terkini dan dengan adanya applikasi penghantaran ini dapat membentukkan satu komuniti sesama masyarakat.
Dan kini , u olls boleh juga menggunakan platform penghantaran SEND ini dengan memuat turun applikasi SEND di iOS dan Android , yang bertujuan untuk merevolusikan bagaimana orang melakukan penghantaran tersebut. Yang pastinya , item yang telah digunakan dengan platform SEND ini mampu sampai sehingga ke depan pintu rumah penerima dalam jangka masa 2 jam ataupun kurang.
SEND juga percaya bahawa menggunakan platform dan teknologi ini akan memberikan satu kemudahan yang baru kepada masyarakat di mana orang tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk menyampaikan ataupun menerima sebarang barang-barangan mereka dalam masa tertentu.
SEND menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk servis penghantaran yang akan berlaku antara creator , sender dan recipient . Antaranya ialah basikal , motosikal , kereta , van dan lori. Oleh itu , SEND membolehkan orang ramai untuk menggunakan platform ini untuk jenis penghantaran besar - besaran seperti perabot dan menyampaikan produk dalam kuantiti yang banyak.
Sebagai sebahagian kepada visi SEND , Dato' TP Chin juga menyatakan dengan menggunakan platform SEND ini , ianya memberikan lebih orang ramai untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi SENDer memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari.
Bersama - sama 5 Top SENDer
Untuk memastikan "creator" dapat mengesan item berada dalam keadaan selamat , applikasi SEND ini boleh memantau pergerakan "SENDer" dengan sistem GPS serta memastikan kualiti perkhidmatan dalam keadaan yang baik.
SEND telah menetapkan beberapa rancangan untuk mengembangkan lagi pasaran global ini pada masa akan datang. Buat masa kini, SEND hanya beroperasi sekitar kawasan Lembah Klang. SEND telah merancang untuk membawa produk ini ke pasaran Asia pada tahun 2017.
Bagi mereka yang sentiasa sibuk ataupun mempunyai bisnes kecil-kecilan dari rumah mahupun sekadar mengambilkan laundry , apa kata gunakan khidmat penghantaran SEND terus dengan download sahaja bagi memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa.
Maklumat lanjut :
Website : http://www.sendelivery.com/
Facebook : https://www.facebook.com/SENDpage/
Telefon : 1-700-81-5516
Alamat : No. 8C, Lorong Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara , Petaling Jaya.
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen