Office Baru

12:30 AM Yanty Lee 9 Comments


Fuh!


Penat sepanjang beberapa minggu ni masih tak hilang. Penat mengejar kerja hakiki , ditambahpula dengan kerja kemas - mengemas merangkap memunggah juga menghapus segala macam jenis khazanah. Semuanya dek gara -gara nak berpindah pejabat.



Walhal bukanlah jauh manapun bangunan baru nak berpindah tapi sebab "timing" tu tak berapa sesuai sikit. Dengan kerja hakiki yang tengah "hot" dengan musimnya , lagipun ramai yang bertugas di luar pejabat.


Berapa kerat je yang tinggal di opis dan itu saja la kerahan tenaga yang dibekalkan. Well done! Sebab no "man" power pun masih mampu mengemas , mengangkat segalanya. Balik semua pakat lenguh badan.

Tempat baru , suasana baru . Yang lain masih sama. Dan kerja tertangguh makin bertimbun saban hari. Terkejar - kejar nak langsaikan semuanya tapi masih perlu mengemas tempat baru juga. T_T

I confuse nak "peace" on which hand! Argh!

Sayangnya , sekadar berpindah ke bangunan lain dengan team yang sama. Kapan pula nak dapat surat bertukar ke Jabatan / Kementerian lain ni? Dah macam barang antik je rasa. Pray for me , u olls!!

9 comments:

  1. remeh keje nak pindah opis ni kan Ty.

    ReplyDelete
  2. serius?sama la ngan nieyl pun...nak pindah tempat lama awak tu...hihihi..
    kami masih lagi tengah berkemas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uik , masuk aras mana.. pe ni 1 Jabatan x hello hiIIbaiII..

      Delete
    2. duduk aras 6 ler...haha...

      Delete
  3. minggu depan turn kami pulak... hahahah tak tau nak happy ke nangis..

    ReplyDelete
  4. Tak suka pindah2 pejabat..pernah rasa dulu..penat nak kemas & angkat segala fail2 yang berat..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen