ShellOut Murah di My Story Cafe , Kota Kemuning

Sunday, September 18, 2016



My Story Cafe Kota Kemuning | Salam u olls, minggu lepas Ty dan kengkawan blogger yang lain sempat lunch bersama selepas Ty siapkan kerja di pejabat. Mengemas dan memunggah sikit gara-gara nak berpindah ke pejabat baru. Memamg penat. Perut memang lapar betul. Ngam sangat bila dapat berkumpul dan makan bersama mereka.

Yang menarik di My Story Cafe ni , ruang makan , dekorasi seluruh sudut dan tempat juga ruang bacaan dan main bagi kanak - kanak sangat teratur dan selesa. Cozy gitu.






Alhamdulillah , perut yang berkeroncong dihidangkan Set Jari Comot ShellOut di atas plastik yang telah dilapik di atas meja. Macam gambar atas tu. Antara makanan laut yang kami kedarah bersama ialah :

Ketam Masak Pedas

Butter Prawn

Sotong Berkari

Sayur Campur

Lala Berlada

Scallop Blackpepper

Sedap betul. Semua masakan adalah berbeza rasa dan sangat kena dengan tekak asian. Pekena pula dengan nasi putih panas - panas dan separuh jagung rebus. Memang sesi mengenyangkan perut sangat. Set Jari Comot ni harga nya dari RM70


Lagi ramai geng , lagi berbaloi dan meriah la suasana mengetuk , mengopek ketika bershellout. Portion dia memang worth it with the price. Confirm tersandar kekenyangan.


Kalau u olls alergic mahupun tak gemar nak makan makanan laut. My Story Cafe juga ada menyediakan makan western , Laksa Johor , side order seperti Chicken Boxing , dessert dan banyak lagi.

Grill Lamb

Grill Chessy Chicken Chop
 
Chicken Boxing

Laksa Johor

Nak kudapan santai pun ada. Dan boleh dimakan sebelum atau selepas bershellout dan sebagai. Dessert yang ada antaranya :

Brownies & Durian Crepe

Coconut Ice Cream

Dan untuk pengetahuan , u olls juga boleh menikmati Nasi Lemak RM1 selepas jam 5 petang.

Jadi bagi warga Shah Alam dan semua yang mungkin ingin cuba makanan di sini boleh la dapatkan maklumat lebih lanjut di :


Alamat :
My Story Cafe Sdn Bhd (1068514M)
No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y
Kota Kemuning 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad
2.00pm to 11.00pm

"SHELL OUT SEAFOOD FROM RM70, MAKAN SAMPAI LEBAM SHELL OUT SHAH ALAM"

Untuk tempahan / pertanyaan :

Telefon : 603 5131 0452
Rahimah Binti Dato Abdul Rahim : 60 18 777 1468
Asrul Husni Bin Hussain : 60 18 779 1468

Jom Shellout !

6 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.