Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love

10:09 AM Yanty Lee 11 Comments




Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ramly Halal Mart , Putrajaya

6:41 PM Yanty Lee 13 Comments


{ Beef Cheese Burger }

Salam u olls , 

Ramly Halal Mart | Sekarang ni kalau rasa nak makan beger / hotdog / oblong boleh la singgah makan / bungkus dekat kiosk Ramly Halal Mart Sdn Bhd  terletak di Presint Diplomatik , Putrajaya berdekatan dan seleret dengan Restoran Tomyam Kung. 

Isu boikot tiada di sini , sebabnya Ramly merupakan perniagaan orang Melayu. 


{ Hidangan Set ; Burger & Oblong }


Hidangan set pun ada , datang bersama air carbonat juga kentang goreng. Harga berpatutan mengikut pilihan hidangan set dipilih.


{ Beef Cheese Burger }


{ Kaunter Pelanggan Membuat Order }


Masuk pintu kiosk , terus nampak kaunter. Boleh terus tengok dan buat pesanan. Layan pun mesra dan tenang. Perkhidmatan dari segi penyediaan makanan pun cepat. Alhamdulillah , dapat isi perut yang kosong dan berkeroncong segala mak nenek u olls tu. Pelanggan boleh makan di situ kerana disediakan meja makan.


{ Antara pelbagai jenis produk Ramly dijual }

Selain servis penyediaan makanan segera yang ada , pelanggan boleh juga membeli daging atau makanan frozen bersertakan produk - produk keluaran Ramly yang lain di sini. 


Disyorkan untuk u olls yang nak cepat atau tak tahu nak makan apa boleh datang sini. Kalau terserempak do say  Hi ! Bajet je kan. 

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

1:05 PM Yanty Lee 11 Comments


As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Jom join uolls , hadiah kebaboom ni!

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Riadah di Air Sungai Kemensah

10:42 AM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls ,

Kerja dan kerja , sampai mati pun tak habis.
Cuti hari minggu , jom kita enjoy!

Ke Kemensah , mandi air terjun sungai.

{ Hari date kami berempat }

{ Air Sungai }

{ Suasana air sungai Kemensah }

{ Chak , cari motip disebalik gambar ni }

{ Pepatung hinggap }

Lega , ringan kepala. Mula - mula ja sejuk ketaq , dah masuk air lupa diri sat. Sampaikan makan nasi pun duk dalam air. Berjam - jam berendam , orang silih berganti. Kami tak reti - reti nak balik. Sebelum Asar jugalah kami gerak balik. 

{ Sewel }

Sebelum balik , selfie ngok ngek dulu dengan Kak +Sue Izza . Redha je la tuan punya DSLR ye. Krik3.

Kat mana Kemensah?
- Belakang Zoo Negara sebelum Air Terjun Asah.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lokman Aslam - Aku Cinta Padamu

10:25 AM Yanty Lee 3 Comments



Lokman Aslam - Aku Cinta Padamu

Selama aku di sini berdiam sepi
Hanya untukmu,semua untukmu
Tak ada kata yang lain, mampu ku ungkap
Hanya untukmu,semua untukmu

Bintang penuhi
Di malam hari
Bagai pelangi
Kau warna jiwaku

Aku cinta padamu
Aku merindukanmu
Dapatkah kau rasakan
Getaran hatiku

Cintailah diriku
Ingatilah ku selalu
Pastinya akan jiwaku
Setia bersamamu
Hingga akhir hayatku

Selama aku di sini berdiam sepi
Hanya untukmu,semua untukmu
Takkan jiwaku berubah, setia disini
Hanya untukmu,semua untukmu

Bintang penuhi
Di malam hari
Bagai pelangi
Kau warna jiwaku

Aku cinta padamu
Aku merindukanmu
Dapatkah kau rasakan
Getaran hatiku

Cintailah diriku
Ingatilah ku selalu
Hingga akhir hayatku


Pernah dengar muzik dan retak lagu ni , terlintas di fikiran "Iklan apa ek?". Lepas tu , dengar masa tertengok drama bersiri jam 7 petang di kaca tv3 , Maaf Aku Tak Sempurna. Terus tanya geng Penang , paksa carikan juga. Pastu asyik dok dengar tak henti , matilah!

Rupanya dalam diam - diam , brader +Najeeb Abdullah pun suka. Kantoi!! Konon je gelimat. #eh.

A girl 's favourite songs will tell you more about how she feels than her lips ever will "

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

TalentCorp Stakeholder Games - Futsal

3:59 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,

Sibuk dengan kerja bukanlah alasan untuk jadi halangan dari Ty terlibat dengan aktiviti sukan. Ty memang dari sekolah aktif dengan sukan. Cumanya ini adalah pertama kali Ty bermain sukan futsal.

Sebelum ni , main tendang biasa - biasa ja.


{ Pasukan Wanita }


Ha , kali ni Ty masuk pertandingan yang dianjurkan oleh TalentCorp pada Sabtu yang lepas di Kompleks Futsal 1Malaysia , Putrajaya.


Jabatan Ty bekerja buat pertama kali ambil bahagian. Kalah bermaruah , sebab latihan 2 hari ja tapi game mantap. Tak di ayam - ayam kan. Kalau selalu main futsal , boleh champion. Ini bukan poyo tapi semangat.

{ Steady - lah keeper ! }


{ Selfie lepas game ke dua }

Thank you team ! We did a great game and enjoy it walaupun kita xmenang. Menang atau kalah itu tak penting , we united to proof yang kita mampu main dah cukup hebat gila.

Hadiah saguhati , hamper. Menarik sangat luarannya. Bangga kan bawa balik pi opis. Ops!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Restoran Dapur Sarawak

6:57 PM Yanty Lee 9 Comments

Salam u olls ,

Ke Restoran Dapur Sarawak lagi dengan geng opis. Semuanya gara - gara bila 2 emak - emak yang teringin tahap kempunan. Plan tak sampai berapa minit , terus jadi on the spot.

Sampai terus order ;

{ Mee Kolok }

{ Laksa Sarawak }

Satu lagi menu yang Ty rasa sedap dan baby member pun suka makan ; Bubur Nasi. Memang sedap!

Apapun , Alhamdulillah walaupun dugaan banyak sangat sepanjang perjalanan.

Kedai Thymes milik Hafiz AF di Seri Kembangan tutup.
Anak member muntah dalam kereta.
KL banjir kilat.

Nak ke sana?
Lokasi : Restoran Dapur Sarawak , Jalan Sarikei (opposite KPJ)
GPS    : 3.177196,101.699256

Untuk makluman , restoran ni pun pemiliknya seorang selebriti ;  Mahmud Ali Basha.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Gula - Gula Funny Fruity Stick

9:23 PM Yanty Lee 10 Comments


{ Gula - Gula Funny Fruity Stick }

Salam u olls , 

Sapa masih ingat dengan cokelat / gula - gula ni ?  

Nostalgia sangat.

Bila hakak kat opis ni pelawa bagi gula - gula ni , dah seghupa kanak - kanak riang alam semesta. Sebabnya , mana nak dapat dah gula - gula / cokelat lagu ni dah lani oi. 

It is so RARE!

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Office Berhantu

11:31 AM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls , 

Kejadian berlaku sebelum senja berlabuh tirai.

Semalam , lepas jam 5.30 petang seperti biasa berapa kerat ja la yang tinggal nak OT  . Dari hari Selasa lepas lagi kerja lebih masa dan balik lewat. Tapi sesuatu sangat semalam bila ...

Radio buka sekuat - kuat alam.
Yang lain kusyuk dengan kerja masing - masing.

Capai henpon , relax kan mata sekejap sambil baca Whatsapp yang beribu riban.


Tiba - tiba , seorang kawan bangun dengan muka cuak , paling pada kawan sebelah pun saling bagi isyarat yang sesuatu sangat. Bertubi - tubi tanya , depa 2 orang ja yang dengar , kononnya ada suara tak pernah dengar berkata " .....buat pa tu? " yang tak jelasnya apa dikatakan di awal.

Zapppp...Meremang sat.

Terus terbantut nak stayback buat OT. Siap bagi tau bos yang lain , dah satu hal bila semua pakat nak balik.



Jeng...jeng...jeng..



Baru teringat tadi ada dengar voice note masa layan Whatsapp. Dengan selamba tanya depa semua , 
"Ke korang dengar hat ni?" sambil play balik voice note tu.

Sah!

Voice note tu tanya , "hhhhhmmmmm...minam (perli typo si kawan nak eja minum) apa tu?".



Matilah!

Terguling - guling , pakat gelak . Tapi sebabkan dah semua tutup PC , balik je la jawabnya.



Gara - gara voice note , 1 office tak jadi OT. Hantu la sangat kan!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Letak Kereta Dekat Mana?

4:30 PM Yanty Lee 14 Comments



Salam u olls , 

Pernah tak u olls alami seperti situasi ni , pagi - pagi yang kalut nak pergi kerja dan tercari - cari park kereta dekat mana semalam. Jenuh sampai cemas berpeluh ketiak la cari punya cari mana lah aih si kereta kesayangan.

Ty , selalu.

Hampir setiap pagi , mesti punya jadi huru hara macam ni. Gara - gara balik kerja lewat malam , otak penat katanya. Mandi dan tidur pastu teruih lupa dah kereta park tang mana . Haru baq ang!

Adakah ini faktor usia semakin meningkat? Atau ...terlalu penat bekerja semalam , atau apa wei?!

Tak suka keadaan cam ni , lagi nak cepat , betapa lambat jadinya. 

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Novel : BABI - Bercinta Di Balik Api

12:14 PM Yanty Lee 9 Comments



BABI - Bercinta Di Balik Api

Salam u olls ,

Meh nak kongsi sikit pasal novel berjudul BABI karya Azwar Kamarulzaman. Tajuk memang cari pasal je kan. Tambah pula , Ty kemana je dengan buku ni , bayangkan lah kerap balik Penang naik flight , jadinya kiri kanan pandang je. Mesti tertanya-II apa la buku budak ni baca? AAK! Harap tak da la yang menyumpah.

Hakak-II opis pun carut je bila nampak Ty baca buku ni. Sekali lagi , AAK!


Ringkasan :
Seorang pelacur yang bergelar "Diva" di kelab malam yang berjaya dengan hasil rezeki haramnya. Dari kehidupan yang susah , menjadi senang dengan bantuan makhluk halus. Mempunyai 3 orang anak , salah seorangnya , anak haram - hasil dari perbuatan zina dengan seorang lelaki yang datang ke kelab untuk servisnya. Anak lelaki ini dihina masyarakat sekeliling. Belajar agama dengan bantuan rakan setelah berhenti dari sekolah biasa. Dia cuba menasihati ibu , abang dan kakaknya tapi hanya makian yang diterima. Dia dikejutkan dengan perubahan fizikal ibu dan ayah kandungnya juga merupakan ustaz di tempat mengajinya yang menyerupai seekor babi selepas sebuah partiliar di rumah mewah baru ibunya itu.

Pendapat :
Allah itu Maha SegalaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka tapi manusia kadang - kadang masih leka dan lalai. Ghairah dengan kehidupan yang penuh kemaksiatan , sanggup melakukan apa saja demi mengejarkan kemewahan di dunia. Ini fakta , tak semua orang sempurna tapi buku ini terang - terang menceritakan betapa alpa nya dunia.

Huh! Insaf gila lepas baca buku ni. Bayangkanlah elok nya kita dilahirkan sebagai seorang manusia yang cukup sifat walaupun ada yang kurang sempurna tapi kerana lupa diri dan umpama tiada tiang agama dalam diri , sekelip mata sahaja Allah tarik nikmat apatahlagi menjadikan tubuh seperti seekor binatang yang jijik seperti seekoar babi. Nauzubillah min zalik , minta simpang.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Geng #kelabbloggerbenashaari Sambut Aidil Adha

9:21 PM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls ,

Raya Qurban di perantauan. Perantaun feeling macam ada dekat oversea pula , kan. Memandangkan ramai kengkawan dari geng #kelabbloggerbenashaari tak pulang ke kampung halaman masing - masing , beraya bersamalah kami.

Berkumpul di Masjid Putra

Beraya di Bukit Keramat , tuan rumah nya Kak Sal - kisahpondokkecil.blogspot.com . 3 buah kereta berkumpul dulu dekat Masjib Putra lepas sahaja selesai sembahyang raya. Geng yang lain bergerak sendiri dan jumpa di rumah Kak Sal.

Dengan perut kosong , bersarapan pagi dengan lontong. Pergh ,  menyelerakan betul. Kasihan betoi anak - anak di perantauan ni bila dapat makan.


Alhamdulillah , merasa juga beraya walaupun bukan dengan keluarga sendiri. Tapi tetap ada keluarga yang terbaik selaras dengan tagline "Bukan Sekadar Blogger". Terima kasih buat Kak Sal atas jemputan dan hidangan yang berjaya mengenyangkan kami.

#kelabbloggerbenashaari rockx!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Menyambut Aidil Adha dari #kelabbloggerbenashaari

1:05 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Selamat Hari Raya Aidil Adha , u olls ! 

Sayunya bila kedengaran takbir raya masa berjalan dekat Uptown The Mines. Agak terbantut juga la niat nak bershopim walaupun bukan shopperalholic. 

Buat pertama kali , Ty tak balik ke kampung halaman untuk beraya dengan keluarga tercinta. Sebab apa , salah satunya cuti pun sekejap je dan nak drive sorang - sorang dengan keadaan traffik seperti sesak maka nya cheq raya ja la kat Putrajaya.

Ampun maaf di pinta , buat yang mengenali. Semoga raya Qurban ni apa yang keruh sebelum ni kita jernihkan bersama ye. Buka buku baru.

Esok kami geng #kelabbloggerbenashaari yang ada di Putrajaya / Kuala Lumpur / Selangor akan beraya bersama. Ada juga geng , ternyata  tagline "Bukan Sekadar Blogger" kena dengan kami.

Buat Qurban ke tahun ni , awak?

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sarapan Pagi di Warung Bunian

1:30 PM Yanty Lee 5 Comments

Salam u olls ,

Mencari - cari sarapan pagi yang sedap ? Atau inginkan masakan hasil tangan orang Melayu sebab dah jemu dengan makanan dari restoran mamak? Jom ke tempat kesukaan kami hadek beradek tapi mak pak len tapi kami gen yang sama - blogger. 

Pagi baru ni , Ty dengan geng #kelabbloggerbenashaari ; Najeeb Abdullah , Fiza Fantagiro , Qaseh Dalia dan Sue Izza ke Warung Bunian dekat Sungai Merab , Bangi untuk makan sarapan pagi bersama sebelum masing - masing masuk pejabat.

Menu wajib nak makan kat sini bila waktu pagi mesti lah Nasi Lemak bersalutkan Telur , ala - ala Nasi Lemak Telur Bungkus / Pattaya gitu. 


Nasi Lemak yang bersalutkan telur ni dihidangkan dengan ikan masin dan sambal yang sedap. Bagi Ty tak pedas pun sambal tu , tak tahu la orang lain rasa macam mana lak.

Tak cukup makan nasi lemak ja , siap makan Roti Canai 2 keping lagi. Pulun khaw - khaw nya makan breakfast. Dengan niat Lunch tak mau makan dan berhasil. Sebab kenyang!


Tu dia , tengok betapa lapar nya di pagi hari. Berbekalkan sarapan pagi ni kenyang hampir ke petang senja. Roti Canai ni ranggup dan tak liat nak koyak bila makan. Sedap la senang ceghita bak ampa. 


Harus pergi , OKAY!

Alamat : 
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN 
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN, 
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG SELANGOR. 
No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang

Untuk pengguna GPS di semartpon , boleh cuba connect terus ke link ni - http://4sq.com/i144e2.

Nak tahu tak apa Ty makan tengah hari di Warung Bunian , meh klik sini.

Belanja satu gambar WEFIE kami blogger dari Putrajaya

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lava Grill Burger

11:22 PM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls,

Makan malam di malam minggu dengan kengkawan blogger #kelabbloggerbenashaari di Lava Grill Burger , Sri Serdang.

Mood diet.


Starter : Butter Parsley Potatoes

Memandangkan Ty tengah mood diet dan dah mula ke gym. Jadi nak kena kontrol makan la kononnya. Sebagai pembuka selera , Ty makan ubi kentang dulu. Gitu baq hang.


Dinner : Blackpepper Meatball Beef

Ha , ni baru makan malam Ty yang berat. Ada 10 biji ketoi daging bebola , nampak ja kecil molek tapi isinya padat. Kenyang! Jenuh nak perabih. Lepas gian makan meatball sebab nak pi IKEA jauh.

Lava Grill ni memang port tetap kami geng #kelabbloggerbenashaari berkumpul. Majoriti yang lepak malam ni tak balik beraya aidil adha. 

Ty? Masih dilemma.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Gila Selfie

9:20 PM Yanty Lee 5 Comments

Salam u olls , 

Walaupun tengah sibuk dengan kerja yang menimbun kat opis tapi otak gila - gila setiap kepala sebulu segeng kat unit tempat kerja Ty ni memang gila kentang.

Pantang jumpa monopod , ini la hasilnya.


Tu dia , kami semua serang masuk bilik big bos. Segan jadinya Enchek Bos. Terpaksalah melayan je kerenah anak - anak buah. 

Kadang - kadang , tengah banyak kerja bukan alasan untuk rasa tekanan , sedangkan kita yang kena pandai agihkan semuanya. Sistematik dan seimbang dengan kemampuan kita. 

Walaupun dah 3 hari kerja straight sampai malam tapi puas hati dan lega bila hasil kerja yang dibuat dengan titik peluh sendiri.

Kerja apa pun kita buat , susah atau senang , biarlah dengan seikhlas yang mungkin. Kalau tidak sampai bila pun tak seronok nak hadap kerja tu , betul tak? 

Apapun , jangan pentingkan diri sendiri. Kerjasama itulah seharusnya yang menjadi faktor utama.

Harapnya dengan kawan dan tempat kerja baru ni , Ty lebih bersemangat dan fokus. Aamiin.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Duniawi Semata - Mata

11:01 PM Yanty Lee 3 Comments



Salam 1 Oktober semua ye u olls ,

Sibuk , sibuk , sibuk ye aku amat sibuk tapi bukanlah penyibuk. Apatahlagi kaki kipas sana sini , itu sepastinya.

Bukan harap bulan Oktober ni ja , hari demi hari akan sentiasa baik tapi selagi nyawa di kandung badan. 

Mana yang tak puas hati , kecik hati , masih simpan dendam , apa saja yang tak berunsur baik tu , meh la kita dok berdepan dan luahkan sampai muntah. Daripada dok camdek tak habis - habis , jampi serapah , santau nak bagi mampuih , bomoh sana sini. Jadilah manusia bertamadun lagi beragama.

Sedar diri! Hat ni penting , cermin diri tenung la berapa jam ka hari sekalipun yang diri tu sapa , manusia ka setanijorim.

MasyAllah!

Allah SWT itu Maha SegalaNya , moganya hidup kita semua sentiasa diberkati . Aamiin. In sha Allah.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen