Salam u olls ,
Kejadian berlaku sebelum senja berlabuh tirai.
Semalam , lepas jam 5.30 petang seperti biasa berapa kerat ja la yang tinggal nak OT . Dari hari Selasa lepas lagi kerja lebih masa dan balik lewat. Tapi sesuatu sangat semalam bila ...
Radio buka sekuat - kuat alam.
Yang lain kusyuk dengan kerja masing - masing.
Capai henpon , relax kan mata sekejap sambil baca Whatsapp yang beribu riban.
Tiba - tiba , seorang kawan bangun dengan muka cuak , paling pada kawan sebelah pun saling bagi isyarat yang sesuatu sangat. Bertubi - tubi tanya , depa 2 orang ja yang dengar , kononnya ada suara tak pernah dengar berkata " .....buat pa tu? " yang tak jelasnya apa dikatakan di awal.
Zapppp...Meremang sat.
Terus terbantut nak stayback buat OT. Siap bagi tau bos yang lain , dah satu hal bila semua pakat nak balik.
Jeng...jeng...jeng..
Baru teringat tadi ada dengar voice note masa layan Whatsapp. Dengan selamba tanya depa semua ,
"Ke korang dengar hat ni?" sambil play balik voice note tu.
Sah!
Voice note tu tanya , "hhhhhmmmmm...minam (perli typo si kawan nak eja minum) apa tu?".
Matilah!
Terguling - guling , pakat gelak . Tapi sebabkan dah semua tutup PC , balik je la jawabnya.
Gara - gara voice note , 1 office tak jadi OT. Hantu la sangat kan!
okeh, mmg saspen. hoho
ReplyDeletehahaha..ingatkan betul2 tadi..
ReplyDeleteSalam.Singgah dan follow sini ^^
ReplyDeletehttp://wani-siulatbuku.blogspot.com
hahhahaa...
ReplyDeletehahaha.. pernah jgk play voice dalam kereta, masa tu duduk belakang org pandu nak naik genting, orang depan sampai melatah ingat ada bunyi hantu dalam kereta.. sepanjang jalan gelak guling2..
ReplyDeleteHaha..memang x boleh blah.. suara kak ayue yg sedap dikatakan hantu..haha..
ReplyDeletehahahaha, buat suspen jeee!
ReplyDeleteiye iye aje kita yang kat sini pun serammm =.=
ReplyDeletehaaa haha hantu whtsapp kot
ReplyDeletehahhahaha saspen kita tau! tapi kann ida pernah ot dulu mmg pernah nmpak.. ehhh ala takut!!! okbaii hahahhahah
ReplyDeletehahaha kelakarnya. boleh salah faham and bebetul kot kalau tinggal sikit orang saja memang cuak jugaklah. eloklaa balik ihihi..
ReplyDeleteKlakar je..
ReplyDelete