Review Novel : BABI - Bercinta Di Balik Api

Tuesday, October 7, 2014



BABI - Bercinta Di Balik Api

Salam u olls ,

Meh nak kongsi sikit pasal novel berjudul BABI karya Azwar Kamarulzaman. Tajuk memang cari pasal je kan. Tambah pula , Ty kemana je dengan buku ni , bayangkan lah kerap balik Penang naik flight , jadinya kiri kanan pandang je. Mesti tertanya-II apa la buku budak ni baca? AAK! Harap tak da la yang menyumpah.

Hakak-II opis pun carut je bila nampak Ty baca buku ni. Sekali lagi , AAK!


Ringkasan :
Seorang pelacur yang bergelar "Diva" di kelab malam yang berjaya dengan hasil rezeki haramnya. Dari kehidupan yang susah , menjadi senang dengan bantuan makhluk halus. Mempunyai 3 orang anak , salah seorangnya , anak haram - hasil dari perbuatan zina dengan seorang lelaki yang datang ke kelab untuk servisnya. Anak lelaki ini dihina masyarakat sekeliling. Belajar agama dengan bantuan rakan setelah berhenti dari sekolah biasa. Dia cuba menasihati ibu , abang dan kakaknya tapi hanya makian yang diterima. Dia dikejutkan dengan perubahan fizikal ibu dan ayah kandungnya juga merupakan ustaz di tempat mengajinya yang menyerupai seekor babi selepas sebuah partiliar di rumah mewah baru ibunya itu.

Pendapat :
Allah itu Maha SegalaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka tapi manusia kadang - kadang masih leka dan lalai. Ghairah dengan kehidupan yang penuh kemaksiatan , sanggup melakukan apa saja demi mengejarkan kemewahan di dunia. Ini fakta , tak semua orang sempurna tapi buku ini terang - terang menceritakan betapa alpa nya dunia.

Huh! Insaf gila lepas baca buku ni. Bayangkanlah elok nya kita dilahirkan sebagai seorang manusia yang cukup sifat walaupun ada yang kurang sempurna tapi kerana lupa diri dan umpama tiada tiang agama dalam diri , sekelip mata sahaja Allah tarik nikmat apatahlagi menjadikan tubuh seperti seekor binatang yang jijik seperti seekoar babi. Nauzubillah min zalik , minta simpang.

11 comments

  1. Kita beli novel ni tapi tak sempat sempat lagi nak baca. Nasi Kangkang dah baca Ty ?

    ReplyDelete
  2. tajuk dia memang seram wuuuu tapi isi dia ikut apa yang ty share tu memang bagus!!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum yanty...mcm best jer jln cite ni...;)

    ReplyDelete
  4. Mcm best jer Ty cerita dia... Tapi tulah okje ni, paper pun kadang tu tak habis baca, hehe....inikan lagi novel yang tebal tu...huh entah masa bilalah agaknya nak baca

    ReplyDelete
  5. tajuk dia! buat orang taknak beli jeee. huhuuh

    ReplyDelete
  6. Macam best je buku ni..ima ni jarang.membaca tu yg tak berapa tau pasal novel bagai ni..

    ReplyDelete
  7. CT jarang bace buku. tapi bace sinopsis macam hihihi seram aje..

    ReplyDelete
  8. Hey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you. นิยาย pdf

    ReplyDelete
  9. nak beli kat mana ye. jenuh cari novel ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba cari di lejen.my or shopee ke atau Carousell

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.