Saksikan Drama SELUDUP di ASTRO PRIMA

11:44 AM Yanty Lee 2 Comments


SELUDUP | Drama televisyen tempatan arahan Jehan Miskin yang juga merangkap sebagai produser , pengarah dan pelakon sekaligus. Membawakan sebuah mesej yang baru untuk tatapan umum mengenai gejala penyeludupan haram di negara Malaysia. Diselitkan juga kisah cinta pada drama aksi Seludup ini bagi menarikkan lagi jalan cerita.




Mengisahkan tentang seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Pantai Barat Malaysia , Amran (watak Pekin) yang mengetahui tentang kegiatan gejala penyeludupan oleh sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (watak Nam Ron) juga dibantu oleh adik perempuannya  , Rina (watak Raja Ilya). Antara barang penyeludupan seperti minuman keras , rokok dan manusia ke dalam negara yang diseludupkan oleh kumpulan ini. Walaupun Amran berdepan dengan bahaya serta sehingga mengancamkan keluarganya juga Yasmin (watak Tiz Zaqyah) , teman wanitanya , dia bertekad untuk menghalang gejala tersebut demi menyelamatkan kampungnya juga rakan - rakan serta penduduk kampung terus menjadi mangsa.




Drama SELUDUP ini membawa 13 buah episod yang dibintangi barisan pelakon - pelakon hebat Malaysia seperti Pekin Ibrahim , Tiz Zaqyah , Nam Ron , Raja Ilya , dan Syafie Naswip.






SELUDUP , sebuah drama bukan sahaja sekadar menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatif terhadap individu , keluarga dan masyarakat Malaysia.

Jangan lupa saksikan drama SELUDUP pada setiap hari Khamis , jam 9.30 malam di Astro Prima mulai 4 Disember ini. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut di : 
FB Seludup : fb.com/seludup
Instagram Seludup@seludup

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen