Rindu Dan Sayang Tapi Tinggal Kenangan

6:04 PM Yanty Lee 1 Comments


Dia ; kesayangan 

Sejak Deepavali lepas,  terpisah dengan Dia. Pagi perayaan Deepavali sempat singgah Cameron Highlands dulu sebelum terus balik ke Penang. Itu lah kali terakhir jalan jauh dengan Dia. Dan terakhir sentuh dan bawa. Di Penang dah bersilih ganti stereng Saga BLM dan Preve. 

Balik ke Putrajaya dengan Preve. Sayunya, hampir sebulan lebih ke kerja dan ke mana saja dengan Preve. Nampak je spesis Waja terus tertanya "apa cer kete gua kat Penang tu?". 

Patutnya hujung bulan Nov nak balik hari untuk tukar balik kereta tapi dapat perkhabaran kurang enak. Terbantut di situ. Minggu - minggu yang sibuk dengan segala macam aktiviti dan dengan hanya perbincangan menerusi atas talian dengan Daddy dan Mummy. Mampu setuju dan akur apa saja.

Hakikatnya kecewa berbaur sedikit gembira.

Sehari sebelum kerja luar pejabat di belah utara,  Mummy & Daddy datang dengan Mr.Reddy. Dan kunci kereta bertukar milik. Penat dah lenjan Preve milik Mummy. Hari - hari call dan Whatsapp,  sekadar tanya "kereta Mummy OK tak?", anak ni sihat ke makan ke tidaknya di tanya. Macam tu la cheq sayang Waja cheq oi!

Mr.Reddy,  pilihan warna mencapap dari Daddy yang kononnya ada "ong". Betui nya cina la Daddy ni. Aku? Redha dan sign ja. Tengah sibuk dengan macam - macam hal maka nya malas fikir.

Walaupun sekarang dengan Mr.Reddy, Dia tetap gua rindu.

1 comment:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen