Bantuan Kerahan Tenaga Buat Mangsa Banjir Pantai Timur

6:31 AM Yanty Lee 2 Comments



Malam semalam geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sempat menghulurkan bantuan sumbangan kerahan tenaga bagi membantu mengasingkan dan membungkuskan barangan dan keperluan yang telah didermakan buat mangsa - mangsa banjir di Pantai Timur ke dalam lori - lori. In sha Allah dan mudah - mudahan segala urusan penghantaran selamat sampai kepada mereka di sana. Aamiin.






Kami hanya mampu membantu dari jauh. Ramai yang datang ke KPM , Kompleks E untuk turut sama membantu. Alhamdulillah. Kerja - kerja pemindahan masih berlaku sehingga lewat malam tadi. Dan in sha Allah , kami akan ke Pantai Timur untuk membantu rakan - rakan #kelabbloggerbenashaari bagi meringankan beban yang dihadapi.

Mohon bantuan seluruh rakyat Malaysia bergading bahu untuk membantu mangsa banjir , bukannya menjadi "keyboard warrior" semata - mata di laman media sosial.

Pray For Pantai Timur !

2 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah rakyat Malaysia! mudahan ringan beban mangsa yang terlibat. i am proud to be Malaysian. :)

    ReplyDelete
  2. amin...semoga segala urusan dipermudahkan kak

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen