Sebalik Tabir Sesi Bergambar Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, November 8, 2014


Salam u olls ,




Cerita Ahad lepas , bila semua geng blogger - blogger di bawah naungan Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul untuk sesi bergambar di My Creative Pixel Studio yang terletak di Setapak , Kuala Lumpur. Bukan sahaja di kalangan blogger sekitar KL , Selangor dan Putrajaya sahaja tapi juga ada yang datang Johor , Kelantan dan Pulau Pinang. Alhamdulillah , semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh. In sha Allah , Aamiin.


Warna merah dan hitam menjadi pilihan tema kami untuk sesi bergambar.




Sepanjang sesi bergambar , kami di taja dari segi mekap , shawl  dan juga aksesori. Retis sangat kan we olls. Seperti gambar di atas , Etty Garib adalah juru mekap kami bertiga. Hasil mekap yang tampak natural dan bersahaja digunakan kepada kami. Semestinya , kami sangat berpuas hati juga gembira dapat bekerjasama dengan Etty. Terima kasih , Etty Garib untuk mekap dan juga dandanan rambut Ty.



Wajah - wajah dengan hasil touch - up oleh Make - Up Artist (MUA)



Berebut gegadis nak selfie dengan Eraz Fadli


Untuk gambar dari studio , masih lagi dalam proses. Entah macam mana rupanya bila masing - masing berposing semaut mungkin di hadapan lensa kamera. 

Menanti dengan penuh debaran. 





Selfie itu perlu di mana - mana sahaja.


Apapun , jutaan terima kasi buat semua rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan para penaja yang telah memeriahkan lagi menjayakan sesi bergambar kali ini.

6 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.