Salam u olls ,
Sunyi kembali teratak moden tak seusang dek dikatakan mereka untuk diumpamakan. Hampir sebulan kedengaran bebelan , teguran oleh dia bergelar seorang ibu yang menghidupkan suasana di setiap ruang - ruang sudut yang membeku dengan seribu juta bahasa nan sentiasa sunyi sepi.
Hari ni , kembali suram dan sunyi sepi.
Hari ni juga , mummy dah pun di bawa balik ke Penang. Tinggallah diri ini sebatang kara sendirian. Tidak lagi berteman.
Chaaaakkkk!
Pagi tadi , Daddy bertolak dari Penang , sampai di Putrajaya jam tengah hari. Selesai makan tengah hari , masuk pejabat balik. Daddy hantar , manja sat ja pun. Bila lagi kan? Teringat zaman sekolah , Daddy la yang hantar dan ambik. Setia menunggu baby girl ni yang aktif dengan Kurikulum.
Oh how I miss schooling time.
Lepas waktu kerja , Daddy & Mummy jemput dekat opis. Stereng bertukar tangan balik. Datang balik hari , Daddy & Mummy balik ke Penang. Mudah - mudahan perjalanan pulang ke Penang semuanya baik - baik hendakNya , In Sha Allah , Aamiin.
Missing them already.
Haruskah mohon pertukaran balik ke negeri asal?
Hurmm rindu ngan abah dn mak di kampung. Kuat kan hati ye Ty...
ReplyDeletebe strong ya
ReplyDeletepengorbanan mak ayah kite memang tak ternilai kan..
ReplyDelete