Salam ,
Bersukan lagi. Memang dah sebati kot dengan diri ni. Semua jenis sukan nak cuba main sejak dari di bangku sekolah lagi. Cumanya dulu lagi aktif main sukan hoki waktu masih sekolah.
Baru ni main futsal dengan ping pong. Dua jenis sukan yang langsung tak ada pengalaman tapi sebab dah minat , apa saja diajar pasal sukan tu senang je faham.
Malam semalam bermula latihan bola tampar di bahagian tempat bekerja. Sukan paling dirindui.Teringat zaman sekolah , mula main bola tampar dari sekolah rendah lagi. Nostalgia sangat yang hanya tinggal kenangan.
Satu je yang tertanya , kenapa tak kira lah golongan perempuan ke lelaki tak minat sangat sukan bola tampar ni? Sakit tang mana la gamaknya , imaginasi betul la. Huh~
Daripada nak gi tampar ntah sapa - sapa lelaju , baik lepas geram main bola tampar.
Mampu rindu je zaman sekolah , sekarang dah kerja. Cepatnyalah masa berlalu.
sukan yang bagus utk kesihatan
ReplyDeleteOkje kalau sukan ni mmg fail lah Yanty dari dulu ....sungguh tak minat. Masa sekolah dulu adalah main bola jaring ....yg lain mmg tak pernah main....
ReplyDeleteDulu ada gak main bola tampar tapi sekarang kalau ajak main.. bukan turut sama pukul bola tu tapi elak lagi.. hehehe..
ReplyDeleteSakit kat tangan la masa nk serve tu. Hehe.
ReplyDeleteSaya pulak baru start berjinak2 dgn larian marathon. Join hasben punya minat. Harap2 bolehla aktif mcm masa muda2 dulu.
Btw..salam perkenalan 😊
http://semuasihatselalu.blogspot.com
mama masa sekolah dulu main la... sekarang tak dah... hihi
ReplyDeleteMama Niza