Part II | Railway Tourism & Homestay Package – Pesta Makanan Tradisional Lenggong

11:47 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls , 

Baru ni Ty ada cerita pengalaman naik bot dengan keadaan yang gelap gelita di jam 3 pagi {klik}. Esok siangnya Ty menternak lemak. Bak orang kata ; tumpang dok muda sihat pa boleh makan , balun buang. Ha jom ke Lenggong!

11 Januari 2014
Terlajak bangun tido! Kelam kabut jadinya 5 beradik yang diangkat oleh keluarga angkat ; si pak Karim & mak Zaleha. Mau tak terlajak , kami semua tidur nyenyak sebab suasana di kampung kan , semestinya aman damai lagi tenang. Ya la , tak kan dapat punyalah kat Bandar tambah – tambah kota raya macam KL yang tak pernah tahu tidur. Kerekot punya tido mua dok da dalam selimut , sur punya sejuk u olls.

Lambat ke tak , sarapan pagi yang disediakan oleh mak , kakak dan adik angkat untuk kami mestilah kena tibai balun dulu. Memang balun okay , bukan makan alas perut. Heaven! Walhal nak pi ke bandar Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong , tapi tak menghalang kami pun untuk “kedarah” makanan yang ada di pesta tu. Diet? Hello! Sekali sekala perlu treat & enjoy the food yang we seldom had , hokayh!


Bertempatkan di Dataran Lenggong , pelancaran Pesta Makanan Tradisional Lenggong telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Suasuana di pesta sangat meriah apabila kelihatan orang ramai yang datang ke pesta ini. Mana tidak nya , semua orang pun nak mengambil peluang untuk mencuba dan merasa sendiri makanan tradisional dari Lenggong. Apatahlagi dengan pelbagai jenis makanan ; iaitu kira - kira 19 jenis makanan yang penuh dengan kelainan dari segi penyediaan masakan itu.

Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

Antara hidangan yang berjaya membuka selera “diet” Ty sampai jadi ular sawa kenyang.

Rendang Pedas

Daging Masak Hitam

Gulai Siput dengan Labu & Ikan Bakaq cicah air asam ala kerabu

Kari Daging Umbut Pisang
dan banyak lagi masakan seperti Gulai Daging Patani , Ikan Pekasam , Batang Lambuk.

Durian! Memang hantu durian la depa ni , perghhh , cheq speechless.

Sedap! Sangat sedap , nak sumbat lagi tapi tong perut dah tak muat. Selain daripada dapat merasa masakan dan makanan tradisional Lenggong. Terdapat juga pertunjukkan masakan , pameran dan gerai – gerai dibuka untuk para pengunjung melihat dan memperolehi maklumat yang lebih lanjut mengenai makanan tradisional Lenggong.

Buku yang mempunyai cara dan penyediaan masakan makanan tradisional Lenggong. Boleh la cuba bila kerajinan mendatang nanti kan. Tak pun serbu rumah Kak Sue Izza yang sememangnya suka memasak je sebab dia pun ada buku ni. Boleh tak kak? 

Tak puas meronda , rasa nak menempek lagi dengan melahap makanan yang superb delicious tapi masa amat mencemburui Ty dan sahabat blogger juga media yang lain. Janji , Ty dapat makan cempedak goreng – siap bawa naik bus. Owh , cempedak tu kira okay la kan daripada mereka – mereka yang si hantu durian sampai berbiji – biji diangkut bawa balik ke homestay

U olls perlu cuba makanan Lenggong , pasti bertambah berpinggan - pinggan lah macam Pak Cik Hasrul Hassan.

6 comments:

  1. suka makan kebebe dan ikan perkasam
    aish, meleleh air liur duk ingat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan.. ikan pekasam , alahai.. mau xterliur weiii

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat la abang Daus , menambah kot mkn. Makin bulat sorang2.

      Delete
  3. Puas dah makan semua tu sebab eden orang perak. Parents la org perak.. hahaha ena dok kt selangor.. ngeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kome org Perak ke , camtu boleh la gi makan Ena masak nanti.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen