Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL28) Berkonsepkan "Game On"

10:50 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls , 


Kehangatan Anugerah Juara Lagu Ke 28 ; AJL28 kian terasa bahangnya. Di mana di kaca TV3 pasti ada slot AJL28 yang bakal dipertandingkan setiap kali ada iklan , bukan? 

Dan seperti biasa juga pada setiap tahun , AJL28 yang bakal berlangsung secara langsung (LIVE) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 26 Januari ini akan membawa tema yang berkonsepkan "GAME ON" di mana konsepnya yang bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan.

Pembaharuan yang telah diambil oleh pihak TV3 bagi pendekatan dengan menetapkan sendiri giliran persembahan para finalis yang sebelum ini di mana adalah ditentukan menerusi cabutan undi daripada artis itu sendiri.

Hos bagi AJL28 menampilkan gandingan antara AG dan Scha Al-Yahya.

Sebuah acara ‘Karpet Ungu’  bakal disiarkan menerusi program Hip TV di TV9 dan juga di laman web AJL ; www.anugerahjuaralagu.com yang akan bermula seawal 7.30 malam sebelum acara kemuncak berlangsung.

Beberapa artis popular seperti Shila Amzah , Mus (May), Waris , Ziana Zain , Datuk M Daud Kilau , Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees) juga akan menghiburkan para penonton dengan persembahan istimewa. 

Berikut merupakan senarai giliran persembahan finalis akhir AJL28.
  1. Aku Pelat (Salammusik)
  2. Takkan Terpisah (Black)
  3. In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh
  4. Hanya Aku (Hype Act)
  5. Bosan (Stacy)
  6. Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
  7. Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara)
  8. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
  9. Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul
  10. Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter)
  11. Kau Yang Terindah (Alyah)
  12. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
Antara wajah - wajah finalis yang bakal berentap di pentas AJL28 ;









Sama - sama lah kita saksikan nanti untuk ketahui siapakah yang bakal menjadi dan bergelar juara bagi AJL28.

sumber dan kredit gambar ; trekselebriti.com [klik]

10 comments:

  1. Replies
    1. Mestilah hebat , kalau tak tak jadi top 12 finalist la jawabnye.

      Delete
  2. Lagu Kau Yang Terindah pasti layak slaku juara AJL 28....Penyanyinya mmglah bergaya sakan,diapit oleh komposernya sama dgn penulis lirik lagu tsb...
    Ya,begitu indah skali lagu tuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohooiii minat betul nampak erk... We will see that night

      Delete
  3. boleh tengok macam2 jenis rekaan baju artis pakai malam tu nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ! kita tunggu pastu mesti TL penuh pasal benda tu Dkna.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen