Salam u olls ,
Comelkan kucing ni? Bukan kecomelan kucing tu yang Ty nak tunjukkan tapi ke"comel"an Ty yang pun turut sama termenung tengok laptop tapi tak tahu apa sebenanrnya Ty nak mulakan kerja menulis. Ha , comel kan Ty ni?
Pernah Ty tuliskan satu entri pasal beza antara blogger fulltime dan bukan dulu. Ty ada blog untuk suka-suka. Ceritakan al kisah peribadi dan secara terbuka. Cumanya sejak kebelakangan ni , Ty mula aktif dengan beberapa aktiviti juga job-job dari PR-PR , melalui kawan terutamanya. Ya Alhamdulillah , tak sangka satu platform di dunia blog yang hanya lebih kepada penulisan juga gambaran pada gambar yang diambil boleh menarik minat pembaca untuk singgah membaca dan tahu lebih informasi.
Cumanya ,terlalu sibuk. Dan semenjak Oktober lepas banyak juga entri yang patut Ty "up"kan untuk perkongsian bersama rakan-rakan di kalangan yang singgah baca dan semestinya untuk diabadikan sebagai kenangan. Snap gambar bukan main banyak tapi kalau nak dimuatturunkan kesemuanya di blog , panjang isi entrinya. Mungkinkah perlukan sub blog yang hanya ada gambar sahaja?
Sibuk dengan kerja di pejabat. Awal tahun dan hadiah hari jadi Ty tahun ni , sangat menguji ketabahan dan fizikal juga mental. Siapa yang di luar sana kalau kata PA tak ada kerja tu memang salah la ye. Ty ada 2 tangan , public holiday yang mana penganut Hindu pergi pecah kelapa tapi Ty terpaksa masuk office dan pecahkan kepala untuk siapkan kerja.
Blog / Assignment ? Bertambah lagi satu kerja. Kadang - kadang , bila terlalu penat dan letih bekerja di pejabat sampai rumah pun dah lewat malam , macam mana nak datang nya mood dan idea yang mencurah untuk menulis juga siapkan assignment yang diberikan. Bukan tak boleh tido lambat tapi , esoknya rabak seghupa panda bear pi kerja. Lemau jadinya.
Ada tak sesiapa jual vitamin ke hape-hape yang boleh bagi Ty aktif untuk ada mood dan idea bila nak menulis daripada tenung je laptop? Ngee. Penting kot , sangat penting kalau tak tertido dengan laptop sampai ke pagi jadinya nanti.
In sha Allah , akan cuba merajinkan diri juga untuk menulis. Tekadnya kalau sehari satu entri tuk abadikan kisah-kisah benar tidak dongeng pun jadi la kan?
Esok ada Paintball di Cyberjaya Paintball pada jam 10 pagi. Berminat , jumpa esok! Eh , sempat promote pula. Kononnya nak tunjuklah jadual berkala sangat padat , gitu.
Tunggukan entri percutian sambil bekerja Ty di Ipoh! (Krabi , Lembah Bujang etc also)
Chaiyok , Ty ! Chaiyok!
waa busy ye sis hehe rehat kena cukup tau.
ReplyDeleteMencuba tuk mencari ruang nak rehat. Tapi xjumpa
DeleteSiapkan apa yg penting dlu
ReplyDeletennti2 jumpa lah tu masa terluang :)
Mencuba tuk siapkan yang harus. Tapi tak terjumpa waktu yang terluang lagi pun.
Deletesama la, balik keje dah malam..
ReplyDeletebukak laptop nk update blog, badan dah lemau..
weekend jugak lah masa utk blogging..
kadang-kadang, idea banyak, cuma masa jadi kekangan
mencabar jugak jadi part time blogger, keh3
Kan , balik kerja dah malam yes badan dah lemau..Weekends kadang2 da ja aktiviti and hal tak diduga.Setuju bila idea mencurah memang tak kena time , ada kalah tengah mandi pun mai idea , bila depan laptop , hilang - kosong jadinya.
DeleteOhoo sangat mencabar sebab 2 kerja kita buat Nuar.