Review : Pergi Mati (Lejen Press)

9:00 PM Yanty Lee 1 Comments



Salam u olls,

Kali ni nak kongsi sikit pasal buku fixi lagi. Semestinya dari Lejen Press. Sempat Ty habiskan sebelum pergi bercuti baru ni.

Tajuk buku fixi yang Ty baca kali ni memang agak kontroversi dan kasar bunyinya - Pergi Mati! Plot cerita memang gempak gila u olls. Menarik sangat - sangat.

Sinopsis ringkas,
Kisahnya tentang sebuah game online ; "dietolive.com". Penonton dapat tengok game ngeri melalui online pada waktu tertentu. Mangsa permainan pula ada dikalangan penonton itu sendiri yang memasukkan nama mangsa atas sebab balas dendam / benci / dsb. Kesimpulannya, daripada anak murid sekolah kepada cikgu sekolah dan kaki gangster jugalah pegawai polis secara tidak langsung brrkaitan dan di'game'kan dalam permainan gila ini yang mana mereka cuba menyelamatkan diri sayangnya bila mereka sedarkan diri mereka sebenarnya masih dalam permainan. Dan dibawa keluar negara sehingga Rusia kerana undang - undang negara tidak selamat untuk meneruskan lagi permainan gila itu secara rahsia dan sulit.

Giler kentang sangat u ols. Bayangkan kalau game ni betul - betul wujud dan mesti ramai yang nak kenakan orang dibenci kan? Lagi gempak kalau plot cerita ni difilemkan ke tapi semestinya mustahil tuk ditayangkan ye dak?

Ha, Ty dimaklumkan oleh penulis buku ni sendiri ; Khairul Zaman Khobin yang sambungan cerita ni boleh dibaca di wattpad.com.  Mestilah ada sambungan sebab sampai ke Rusia tu dan apalah yang terjadi agaknya, ye. Jom pakat baca sambungan.

Next reading?

1 comment:

  1. macam best je. nak pinjam boley...

    iolss taklah banyak sangat membaca novel tahun ni. Adalah dalam 20 ke 30 novel. My mistake tak note pulak novel apa dah baca. Pas baca jual pulak tu. dan tak sempat nak review.

    ohhh Tuhan, kembalikan moodku

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen