Hilang Handphone

1:00 AM Yanty Lee 5 Comments


Alhamdulillah.

Sibukkan diri tuk nyah-hapus segala yang tak perlu itu kadang bagus. Kadang ada bahayanya.

Bahaya!!! Sebab , hampir hilang kedua - dua henpon.

Bila kemas meja - pc - own stuff masa nak balik , baru sedar henpon takde. Masih cool , cuba recall. Bila tanya, rupa-rupanya Ty tertinggal kot toilet sebelum ke surau dan kembali buat kerja , jawab emel , pergi balik menghadap bos dengan sikit pun tak perasan tentang kehilangan mereka. Pulun kerja sungguh.

Mungkin tiada lagi tabiat ni lagi andai hilangnya Dia.

Syukran. Mujur makcik cleaner jumpa dan pass kat kawan , kawan simpan dan dia pula heran dah kenapa Ty tak tanya dan cari langsung untuk sekian berjam - jam. Henpon dah tak penting saat-saat tengah 110% fokus pada kerja. 

First time. First time Ty buat mistake ni. Memang tak sangka. Kalaula henpon hilang , jatuh terduduk Ty. Semua gambar untuk task kerja / job juga akan hilang. Dengan henpon cinonet dua ketol ni la Ty update blog.

Sungguh Ty tak boleh bayangkan andai hilangnya mereka.

Pagi nya , Ty tolong makcik cleaner tu dengan vacum yang gedabak besar kehulu kehilir , petang dia tolong cheq pula tanpa disedari. Ya Allah...Betul la , bila kita ikhlas buat sesuatu, ada balasan / ganjarannya tanpa mengharap.

Walaupun ada 2 henpon, takda personal stuff dan semuanya hal kerja; opis & blog. Chatting personal pun takda , group whatsapp ja berpuluh-puluh (tunggu hari left ja). Ahaks.

Korang jangan jadi macam Ty taw. Walaupun duit berkepuk tuk mampu beli henpon baru tapi mungkin ada maklumat / data yang penting untuk kegunaan esok lusa.

Lega. Moga tak cuai lagi dan terlalu fokus kerja sampai lalai. 
XoXo.

5 comments:

  1. Banyaknya guna hand phone... Teman nie cukup la sekadar 1 je..

    ReplyDelete
  2. uwaaa i feel you ty.. aku penah tertingal fon dalam toilet.. sbb masatu nak gi surau.. then bila dah kt surau tgh niat nk smyg ni..tetiba telintas dlm pala hp xdak hahahaha..gile ah nmpk sgt x kusyuk smyg kan... tp cuak beb hp xdak.. pi balik toilet mujur ada lagi.. fuhhh legaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang tak ingat apa dah wei.. Ko lain la , ada hubby texting. Aku tak de pe personal langsung dah hp tu. Tu cam tak sedar bila xde , dah biasa sunyi. Ahaks.

      Delete
  3. syukur alhamdulillah dah jumpa semula ty. Cuak giler kalau hilang ni haha ...tak senang duduk jiwa kacau, kawan cuit mau kena tendangan tanpa bayangan sebab rasa bersalah sebabkan barang kita hilang ..walaupun tak sengaja huhu.

    ReplyDelete
  4. uishh sabar jelaa kalau salah satu hlg kan.. husna plak klau hlh lg tak tentu arah, dah laa satu je yg ada.. huhuhu..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen